Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat Perak untuk Malaysia

Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat Perak untuk Malaysia

Tahniah atlet Malaysia! Tahniah Malaysia! Tahniah Datuk Azizulhasni Awang kerana berjaya membawa pulang pingat perak untuk Malaysia dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 kali ini.

Azizul berjaya peroleh tempat ke-2 sekali gus membawa pingat perak dalam acara Keirin Lelaki bagi sukan Lumba Basikal Trek yang berlangsung pada hari terakhir temasya.

Dalam acara tersebut, satu-satunya pelumba Malaysia yang layak ke peringkat akhir bersama-sama dengan 5 lagi pelumba dari negara lain.

Walaupun Shah Firdaus terpaksa akur hanya di peringkat Suku Akhir, tetapi beliau tetapi cekal dan kuat untuk teruskan perlumbaan walaupun beliau mengalami kecederaan sebelum ini. 

Datuk Azizul berjaya menghabiskan cabaran dibelakang (+0.763) pelumba Great Britain yang juga juara bertahan Jason Kenny dalam acara Keirin ini diikuti Harrie Lavreysen di tempat ke-3 untuk pingat gangsa.

Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat Perak untuk Malaysia

foto : astroarena

Walaupun pingat Emas yang disasarkan oleh Datuk Azizul dan juga seluruh tim Berbasikal Trek, tapi ini bukanlah satu kegagalan untuk beliau.

Jika dalam edisi sebelum ini, beliau membawa pulang pingat gangsa dan edisi Tokyo 2020 sudah berjaya peroleh pingat perak pula. Mungkin edisi Paris 2024 kelak, kita akan dapat pingat emas yang pertama.

Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat Perak untuk Malaysia

Sasaran 3 pingat dari Tokyo 2020 tidak kesampaian dimana negara hanya membawa pulang 2 gangsa dan 1 perak sahaja. Tetapi kesungguhan atlet kali ini sangat diluar jangka walaupun dunia diserang wabak pandemik ketika ini.

Tahniah semua atlet negara! Anda semua pemenang, tiada pengalah!

Post a Comment

Previous Post Next Post