Tips Dan Cara Mula Berniaga Atau Buat Bisnes Air Balang Viral

Tips Dan Cara Mula Berniaga Atau Buat Bisnes Air Balang Viral

Anda ingin mulakan perniagaan bisnes air balang tapi tak tahu cara nak mula? Anda boleh dapatkan tips ini jika bermanfaat cara mula berniaga atau buat bisnes air balang viral.

Sekarang sudah ramai terjun ke dalam bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan sampingan atau lakukannya sebagai sumber pendapatan utama, antaranya adalah menjual air balang. Yang biasa kita lihat di tepi jalan, kawasan sekolah dan benda wajib ada bila ada festival, pasar malam atau di bazar Ramadan.

Jadi jika anda bercadang untuk mulakan perniagaan ini tetapi tidak tahu cara yang betul. Jangan risau, anda boleh ikuti tips ini dan cara yang betul untuk anda mulakan perniagaan menjual air balang viral.

5 Tips Dan Cara Berniaga Jual Air Balang

Tips ini anda boleh jadikan sebagai panduan asas terutamanya bagi yang baru mula untuk mendapat gambaran awal.

1.  Pilih Lokasi Yang Sesuai

Seperti yang diberitahu pada awalnya, kita biasa nampak penjual membuka khemah jualan mereka pada banyak tempat. Jadi antara tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai yang pastinya jualan akan lebih tinggi seperti di kawasan sekolah, festival atau acara, pasar malam, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri dan banyak lagi tempat berpotensi tinggi.

Secara asasnya, jual dimana biasanya akan ramai orang datang. Anda mesti jangka, tak semua yang akan beli air balang anda. Mungkin hanya 10% sahaja. Jadi anda perlu dapatkan lebih ramai potensi customer untuk peroleh lebih keuntungan pada jualan anda.

2.  Mohon Kebenaran Tapak

Selepas anda sudah peroleh tempat yang sesuai untuk mula berniaga. Anda perlu bergerak ke langkah seterusnya untuk mohon kebenaran berniaga. Ya! anda perlu dapat kebenaran untuk berniaga daripada Pihak Berkuasa Tempatan terlebih dahulu. Tidak dibenarkan sebarangan berniaga. Jika betul dengan cara, anda boleh sahaja berniaga terus selepas selesai membuat permohonan.

Sebagai contoh, DBKL kini sudah memberi kebenaran kepada orang ramai untuk berniaga di mana-mana sahaja asalkan tidak ganggu lalu lintas. Akan tetapi perlu juga memohon kebenaran daripada pihak berkuasa. Lesen perniagaan itu penting tau.

3.  Beli Peralatan Yang Diperlukan seperti meja, kanopi dan balang air

Jika sudah dapat kebenaran berniaga barulah anda boleh mulakan segala perkakas dan peralatan berniaga. Jika anda menjual air balang, secara asasnya anda perlukan Meja, Kanopi dan Balang Air itu sendiri.

Pengiraan asas : 

Kanopi, 10x10 = RM130 + Meja, 3x3 (2 buah) = RM146 + Balang Air, 40 L (2 buah) = RM214

Total = RM490

4.  Jenis Air Yang Ingin Dijual

Dalam masa yang sama, anda perlu tetapkan berapa jenis air yang anda ingin jual. Jenis air adalah mengikut jumlah balang air. Selain itu, anda perlu tahu juga resepi air atau jenis air yang mendapat sambutan orang ramai. Anda boleh dapatkan pelbagai jenis resepi air balang viral disini.

Jika salah pilih atau air tidak mendapat sambutan orang ramai, takut rugi dan membazir pula kan. Terpaksa buang sahaja.

5.  Tetapkan Modal Dan Kos Jualan Harian

Inilah perkara paling penting sekali yang mesti bergerak selari dengan 4 cara diatas. Cara ke-5 untuk anda mula buat bisnes air balang ini adalah tetapkan modal dan kos jualan. Semua perkara perlu diambil berat bagi meminimumkan kerugian dan memaksimakan keuntungan.


Antara perkara yang anda perlu tetapkan:

  • Modal permulaan
  • Kos pengangkutan
  • Kos perkakas
  • Kos jualan harian
  • Harga setiap cawan yang dijual
  • Barang mentah seperti buah-buahan jika jual air jus

dan banyak lagi sebenarnya. 

Cara Mulakan Binses Air Balang Viral Sehingga Peroleh RM7k Sebulan

Kesemua tips dan cara bisnes air balang ini dapat dijayakan jika mengikut acuan perniagaan yang betul. Jika anda sudah berada di tempat yang betul tetapi tidak ramai yang datang, anda perlu belajar teknik untuk tarik pelanggan.

Selain itu, mungkin ada kos sebenarnya yang boleh kita jimatkan dan dalam masa yang sama kita peroleh keuntungan yang banyak walaupun hanya menjual 3 balang sahaja.

Ini semua jawapan yang anda boleh perolehi dengan dapatkan panduan Bisnes Air Balang disini. Ianya merupakan perkongsian daripada seorang "usahawan yang real" yang pernah berniaga sendiri di bazar-bazar Ramadan, karnival atau pesta. Beliau kongsikan bagaimana peroleh keuntungan sehingga RM7K sebulan.

Dengan harga RM80 sahaja, anda boleh dapatkan kombo 3 ebook sekali gus iaitu panduan Bisnes Air Balang, 23 resepi air balang viral dan terbaik serta, dan juga panduan untuk bisnes part-time katering air balang.

KLIK SINI UNTUK MEMBELI/button

bisnes air balang

Sekarang ni pun sudah nak masuk bulan Ramadan dan tahun 2021 ni dibenarkan untuk operasi Bazar Ramadan. Inilah masanya untuk mula berniaga seperti berniaga Air Balang Viral.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments