Selain dine-in, ini senarai kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap

Selain dine-in, ini senarai kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa kemudahan bagi individu-individu yang telah menerima vaksinasi lengkap Covid-19.

Apa yang dimaksudkan vaksinasi lengkap itu adalah

  • 2 dos suntikan - Phizer, AstraZeneca dan Sinovac selepas hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua
  • 1 dos suntikan - Johnson & Johnson dan Cansino selepas hari ke-28 dari tarikh suntikan

Ada kemudahan yang diumumkan terpakai untuk semua fasa PPN dan ada juga kemudahan yang diumumkan hanya terpakai di negeri-negeri Fasa 2 dan seterusnya sahaja

Walaubagaimanapun, kesemua kemudahan atau kelonggaran yang diumumkan hanya berkuatkuasa bermula 10 Ogos 2021 (Selasa) ini.

Kemudahan bagi individu yang telah divaksin lengkap di seluruh negara

Terpakai ke atas semua Fasa PPN

Kuarantin wajib di rumah bagi pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk PR dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara

Kemudahan rentas daerah/negeri bagi pasangan suami isteri jarak jauh dan juga rentas daerah/negeri untuk ibu bapa jumpa anak bawah umur 18 tahun.

Selain dine-in, ini senarai kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap

Terpakai di negeri-negeri dalam Fasa 2 dan seterusnya

Kemudahan bagi sektor sosial ini bagi negeri yang sudah bergerak ke Fasa 2 dan seterusnya sahaja. Antara kemudahan yang diumumkan bagi yang telah menerima vaksinasi lengkap adalah :

  • Rentas daerah
  • Aktiviti pelancongan (melibatkan dalam negeri yang sama - homestay dan hotel)
  • Aktiviti sukan (sukan tanpa sentuhan dan bukan berkumpulan)
    • Jogging, senaman, taichi, berbasikal, memancing
    • Skateboarding, memanah, mendaki
    • Golf, permotoran dan seumpamanya
  • Aktiviti dine-in (termasuk restoren atau kafe di premis club house)

Individu yang ingin melakukan aktiviti tersebut mestilah menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 yang membuktikan telah divaksin lengkap kepada petugas keselamatan.

Selain dine-in, ini senarai kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap

Kemudahan keagamaan untuk negeri Fasa 1 dan Fasa 2

Aktiviti solat di masjid dan surau bagi individu (umat islam) yang telah divaksin lengkap tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri.

Manakala, untuk aktiviti sembahyang di Rumah Ibadah Selain Islam (RISI) bagi individu (penganut selain islam) yang telah divaksin lengkap tertakluk kepada ketetapan Kementerian Perpaduan Negara (KPN)

Jemaah dan mereka yang hadir, perlu menunjukkan kepada petugas masjid atau surau sijil digital vaksinasi Covid-19.

Selain dine-in, ini senarai kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap


Post a Comment

Previous Post Next Post