Tiada Lagi Kaedah Pembayaran Secara Online Banking Di Disney+ Hotstar

Tiada Lagi Kaedah Pembayaran Secara Online Banking Di Disney+ Hotstar

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan menerusi FAQ, kini tiada lagi kaedah pembayaran menggunakan perbankan internet (FPX) untuk Disney+ Hotstar di Malaysia.

Jika pada awal perkenalan Disney+ Hotstar di Malaysia pada 1 Jun yang lalu, mereka menyediakan 2 kaedah iaitu dengan menggunakan kad kredit atau debit beserta perbankan internet.

Jadi bermula 17 Ogos 2021, pihak mereka telah menamatkan perbankan internet sebagai kaedah pembayaran. Oleh itu, pengguna boleh menggunakan kaedah pembayaran menerusi Kad Kredit dan Kad Debit sahaja.

Tiada Lagi Kaedah Pembayaran Secara Online Banking Di Disney+ Hotstar

Katanya, kaedah ini menyediakan pengalaman kemudahan pembayaran terbaik di samping menyokong pembaharuan automatik setiap 3 bulan.

Ramai pengguna sepertinya tidak berpuas hati dengan tindakan pihak Disney+ Hotstar yang telah membuang kaedah pembayaran ini yang mana rata-rata lebih selesa untuk buat bayaran secara manual menggunakan online banking.

Untuk rekod, pengguna Malaysia boleh melanggan Disney+ Hotstar secara rasmi dengan harga RM54.90 untuk 3 bulan bagi merasai pengalaman menonton kandungan Disney, Marvel, Star Wars, National Geographic dan juga kandungan hebat dari pengeluar tempatan.


sumber : Helpdesk FAQ

Post a Comment

Previous Post Next Post