"Malaysia Prihatin" Dipilih Sebagai Tema Hari Kebangsaan Tahun 2021

logo baru hari kebangsaan 2020 malaysia prihatin

Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengumumkan Malaysia Prihatin diangkat dan dipilih sebagai Tema Hari Kebangsaan bagi tahun 2020 dan 2021.

Pengumuman dan perkenalan ini dibuat sendiri oleh Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato' Saifuddin bin Abdullah di Kuching pada 10 Julai yang lepas seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

logo baru hari kebangsaan 2020 malaysia prihatin

Dalam sidang media di Auditorium Bangunan Pelita itu, Menteri memperkenalkan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020 bersama-sama dengan logo yang bertemakan, Malaysia Prihatin yang juga merupakan Hari Kebangsaan Yang Ke-63 dan Ke-64.

Malaysia Prihatin, Tema Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2020 & 2021

Jadi tahun ini, Hari Kebangsaan 2021 dan Hari Malaysia 2021 akan menggunakan tema Malaysia Prihatin bersama-sama logo seperti gambar dibawah.

logo baru hari kebangsaan 2020 malaysia prihatin

Tema ini dipilih adalah sebagai penghargaan, keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia mengharungi cabaran dan dugaan COVID-19. Logo yang digunakan antara gabungan bendera Malaysia bersama bunga raya dalam bentuk 'hati'.

Dato Saifudin memberitahu, perkataan 'Malaysia' memberi maksud seluruh rakyat negara ini turut bersama-sama dengan kerajaan memerangi COVID-19 tidak kira dalam sektor penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan, badan bukan kerjaan (NGO) mahupun diri kita sebarang perseorangan.

Manakala bagi 'Prihatin' pula membawa maksud keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

Sebelum ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan, Kerajaan tidak akan mengadakan perarakan Hari Kebangsaan seperti pada tahun sebelum ini yang disiarkan pada 31 Ogos pada setiap tahun. Tapi jangan risau, Kerajaan telah merancang untuk melaksanakan 4 aktiviti utama.

Aktiviti Sempena Hari Kebangsaan 2020

Antara 4 aktiviti tersebut yang diumumkan adalah :
  • Sambutan ulang tahun ke-50 Rukun Negara bermula pada 9 Julai hingga 16 Sept 2020
  • Pelancaran Bulan Kebangsaan pada 28 Julai 2020
  • Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 28 Julai 2020
  • Sambutan Hari Kebangsaan 2020 pada 31 Ogos 2020 di Kuala Lumpur dan sambutan Hari Malaysia 2020 pada 16 Sept 2020 di Sibu, Sarawak

Sebagai memperingat sejarah, anda boleh lihat tema dan logo yang telah digunakan sepanjang Hari Kebangsaan/Merdeka bermula daripada 1976 hingga 2019.

logo dan tema hari kebangsaan sepanjang zaman

Korang rasa tema dan logo mana yang paling best dan bermakna? Jangan lupa kongsikan dengan yang lain

Post a Comment

Previous Post Next Post