Checklist & Panduan Bagi Yang Ingin Bernikah Di Selangor Sepanjang Tempoh PKP

Checklist & Panduan Bagi Yang Ingin Bernikah Di Selangor Sepanjang Tempoh PKP

Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengeluarkan tatacara dan panduan bagi mereka yang ingin melaksanakan Majlis Akad Nikah sepanjang tempoh PKP khusus di negeri Selangor.

Jadi bagi bakal pengantin yang bercadang untuk bernikah, anda perlu ketuahu pelaksanaan yang ditetapkan oleh pihak berwajib supaya tiada halangan yang berlaku ketika proses berlangsung.

Jadi bagi yang tidak pasti berkaitan pelaksanaan ini, maryam fatimah seorang pengguna twitter telah kongsikan pengalaman beliau sepanjang melalui proses pernikahan di Selangor sehingga siap diijabkabulkan pada 17 Ogos yang lepas.

Mungkin panduan ini boleh dijadikan rujukan kepada semua bakal pengantin khususnya dalam negeri Selangor yang berhajat untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh PKP berlangsung.

Panduan Dan Prosedure Pernikahan Di Selangor Sepanjang PKP

Untuk permulaan, anda perlu isi borang nikah secara online di Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) di sppim.gov.my. Disini anda hanya perlu isikan maklumat pada bahagian pihak lelaki, perempuan, maklumat kebenaran dan wali sahaja. Saksi tak perlu. Hanya seorang sahaja yang isi.

Jika sudah lengkap, anda boleh hantar dan sila simpan nombor rujukan yang diberikan. Jika ada permasalahan selepas ini, boleh buat pembetulan berpandukan nombor tersebut.

Proses seterusnya muat-turun borang checklist pada halaman tersebut dan print. Mudah untuk anda buat semakan untuk langkah seterusnya.

Download/button

checklist dan borang berkahwin di negeri selangor

Checklist 1 - Borang Permohonan Berkahwin

Sediakan 2 salinan untuk borang ini iaitu dari Bahagian A - G. Pada bahagian D isikan details wali. Jadi hanya perempuan sahaja ada details tersebut yang mana laki tak perlukan wali pun. Wali boleh terus tanda tangan dari rumah

Manakala bahagian F biarkan kosong. Anda hanya perlu sign atau tandangan masa hantar borang iaitu di depan pegawai

Checklist 2 & 3

Anda perlu buat salinan MyKad sendiri dan pasangan untuk 2 copy

Checklist 4

Jika berkenaan, boleh sediakan

Checklist 5 - Borang HIV

Sediakan 2 salinan untuk borang tersebut. Jadi anda perlu bawa borang tersebut ketika buat HIV Test dimana-mana klinik atau hospital kerajaan. Anda juga boleh buat janji temu menerusi aplikasi mySejahtera. Pilih Digital Health > Clinic Appointment Booking.

Dapatkan : Borang Ujian Saringan HIV

Bayaran dikenakan hanya RM1/seorang. Anda boleh dapatkan keputusan terus. Jadi perlu tunggu sebentar. HIV Test hanya valid untuk 6 bulan sahaja. Jadi rancang dengan baik

Checklist 6 - Sijil Kursus PraPerkahwinan

Buat 1 salinan dan ketika hantar perlu bawah sijil original jua

Checklist 7 (Perempuan)

Buat 2 salinan MyKad wali. Jika ayah sebagai wali boleh dapatkan MyKad beliau dan jika wali anda jauh, perlu isi sura wakalah wali iaitu pada checklist 14

Checklist 8 (Perempuan)

Buat salinan surat perakuan nikah ibubapa. Jika sudah bercerai, boleh sertakan 1 salinan surat perakuan cerai

Checklist 7, 8 (lelaki) dan checklist 9,10 (perempuan)

Sertakan borang tersebut jika berkenaan

Disebabkan bakal pengantin beralamat bukan di Selangor di dalam Kad Pengenalan. Jadi perlu isi borang mastautin. Boleh buat pengesahan dari nazir kariah masjid atau penghulu mukim.

Checklist 10 (lelaki) & Checklist 12, 13 (perempuan)

Jika berkenaan, boleh sediakan

Checklist 11 (lelaki) dan Checklist 16 (perempuan)

Sediakan gambar berukuran passport 

Checklist 14 (perempuan)

Jika wali anda tidak dapat hadir, isi borang wakalah wali. Wali boleh tanda tangan dari rumah. Manakala bahagian saksi boleh kosongkan. Saksi adalah orang PAID sendiri

Dapatkan Waktu Janji Temu Di PAID

Jika kesemua borang sudah lengkap mengikut checklist di atas, anda perlu dapatkan appointment dengan PAID menerusi laman web JAIS. Kena cepat tau.

Anda hanya perlu buat 1 appointment sahaja untuk hantar borang dan pergi sekali jika berdekatan. Jika dalam daerah lain, pihak lelaki boleh hantar borang terlebih dahulu diikuti borang dari pihak perempuan (kena buat 2 appointment)

Setakat yang diumumkan, di Selangor hanya dibenarkan untuk bernikah di pejabat agama sahaja. Anda boleh check tarikh untuk nikah ketika hantar borang tersebut.

Jika sudah dapat tarikh untuk bernikah, pasangan perlu baut swab test dalam tempoh 72 jam

Pastikan anda datang on time ketika majlis akad nikah di pejabat agama. Boleh buat persediaan apa yang patut. Jangan lupa untuk bawah MyKad.

Jangan lupa juga untuk sediakan upah jurunikah dan saksi. Untuk daerah Petaling, total RM230 iaitu RM190 untuk jurunikah dan RM40 untuk 2 saksi. Bawa sekali duit mas kahwin dan cincin atau pemberian pada hari tersebut

Sesi akad nikah hanya berlangsung selama 30 minit sahaja. Tiada soal jawab rukun nikah atau rukun iman. Hanya sekadar penerangan ringkas.


kredit : maryamfatiham

Post a Comment

Previous Post Next Post