IKEA Hanya Benarkan Mereka Yang Lengkap Vaksinasi Untuk Masuk Ke Premis

IKEA Hanya Benarkan Mereka Yang Lengkap Vaksinasi Untuk Masuk Ke Premis

Hari ini IKEA memaklumkan menerusi facebook rasmi mereka dimana hanya individu yang lengkap vaksinasi sahaja dibenarkan untuk masuk ke premis susulan pemakluman kemaskini SOP terbaru daripada pihak Kerajaan.

Susulan kebenaran pengoperasian semula, IKEA kini telah membuka 2 premis utama iaitu cawangan Damansara dan Cheras setiap hari bermula 10 pagi hingga 8 petang. Manakala premis di cawangan lain masih ditutup untuk walk-in.

Bagi mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan, IKEA membenarkan kemasukan pelanggan ke premis tetapi hanya kepada mereka yang lengkap vaksinasi iaitu:

  • Individu yang telah lengkap 2 dos (Phizer, AstraZeneca dan Sinovac) selepas hari ke-14 dari tarikh suntikan dos ke-2 ATAU
  • Individu yang telah lengkap 1 dos (Johnson & Johnson dan CanSino) selepas hari ke-28 dari tarikh suntikan pertama

Jadi hanya individu ini sahaja dibenarkan untuk masuk ke premis dan membeli-belah seperti biasa mengikut ketetapan dan SOP yang telah ditetapkan

Shopping Online Di IKEA

Tapi jangan risau, anda masih lagi boleh buat belian secara online setiap hari dan penghantaran akan dibuat sehingga ke depan rumah anda.

Sekarang pun, IKEA ada buat promosi penghantaran hanya RM10 untuk parsel dan 50% diskaun bagi penghantaran menggunakan truck delivery. Boleh terus shopping online di www.ikea.com.my

Manakala bagi restoren, ianya dibuka tetapi untuk delivery dan bawa pulang sahaja. Boleh buat pesanan menerusi BungkusIt atau Foodpanda. Boleh lihat disini

Terus jaga SOP jika berada di luar...

Post a Comment

Previous Post Next Post