Kenali Rapat Perdana Menteri Malaysia Ke-9, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob (Biodata)

Kenali Rapat Perdana Menteri Malaysia Ke-9, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob (Biodata)

Foto : The Straits Times

Hari ini tercipta sejarah sekali lagi apabila YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob secara rasminya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9. Tahniah diucapkan.

Pelantikan ini telah dibuat selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera tersebut dalam Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebentar tadi di Istana Negara.

Dato Sri Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru susulan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8 meletakkan jawatan pada 16 Ogos 2021 berikutan hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Biodata Dato' Ismail Sabri Yaakob

Nama : Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob

Tarikh Lahir : 18 Januari 1960

Tempat Lahir : Temerloh, Pahang

Pendidikan : Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya

Parlimen : Ahli Parliment Bera sejak 2004

Kerjaya Profesional

1985 : Peguam

1986  : 

  • Menubuhkan Firma Guaman
  • Pengerusi Malaysia Travel Business Sdn Bhd
  • Pengarah Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
  • Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia

Jawatan Kerajaan

2008 - 2009 : Menteri Belia & Sukan

2009 - 2013 : Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan

2013 - 2015 : Menteri Pertanian & Industri Asas Tani

2015 - 2018 : Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah

2020 - 2021 : Menteri Pertahanan (Kanan) - Kluster Keselamatan

Julai 2021 : Timbalan Perdana Menteri

Arena Politik

1987 : AJK UMNO Temerloh

1988 : Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh

1993 : Ketua Pemuda UMNO Bahagian Temerloh

2001 : Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh

2004 : Ketua UMNO Bahagian Temerloh

2008 : Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia

2018 : Naib Presiden UMNO Malaysia



Post a Comment

Previous Post Next Post