Selain kedai gunting rambut dan carwash, ini antara senarai aktiviti perdagangan yang dibenarkan beroperasi di Fasa 1 PPN

Selain kedai gunting rambut dan carwash, ini antara senarai aktiviti perdagangan yang dibenarkan beroperasi di Fasa 1 PPN

Akhirnya ada berita baik buat negara yang masih berada di Fasa 1 PPN. Ini kerana Kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pengoperasian semula bagi beberapa sektor perdagangan dan pengedaran berkuatkuasa 16 Ogos 2021.

Hari ini menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan terbaru bagi sektor perdagangan dan pengedaran yang kali ini akan terpakai ke atas semua fasa PPN iaitu Fasa 1, Fasa 2 dan ke atas.

BACA : Selain dine-in, ini senarai kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap

Walaupun kemudahan terbaru ini terpakai untuk semua fasa PPN tetapi ada syarat iaitu kadar vaksinasi lengkap popular dewasa di negeri berkenaan mestilah telah mencapai sekurang-kurangnya 50% dan individu-individu yang ingin memanfaatkan kemudahan ini juga mestilah telah menerima vaksinasi lengkap.

Sehingga 15 Ogos 2021, menerut data yang dikeluarkan menerusi laman web pelanpemulihannegara.gov.my/ terdapat 8 negeri yang masih berada dalam Fasa 1 PPN iaitu Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Sebagai contoh, sehingga 14 Ogos 2021, kadar vaksinasi lengkap bagi popular dewasa di Lembah Klang telah mencapai 64.7% dan sekali gus individu yang telah lengkap vaksinasi di Lembah Klang boleh memanfaatkan kemudahan-kemudahan ini.

Senarai aktiviti perdangan dan pengedaran yang dibenarkan beroperasi


Kemudahan bagi negeri dalam Fasa 1 PPN

Senarai aktiviti ekonomi yang akan dibenarkan kembali beroperasi di Fasa 1 berkuatkuasa 16 Ogos ini adalah :

  • Kedai cuci kereta
  • Kedai elektrik dan elektronik
  • Kedai barangan rumah dan peralatan dapur
  • Kedai perabot
  • Kedai peralatan sukan
  • Kedai aksesori kereta
  • Pusat pengedaran dan jualan kereta
  • Pasar pagi dan pasar tani sahaja
  • Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
  • Kedai barang kemas
  • Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)

Pemilik premis yang tersenarai perlu memasikan pelanggan yang memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

Untuk SOP penuh, anda boleh rujuk laman web Majlis Keselamatan Negera (MKN)

Kemudahan bagi negeri dalam Fasa 1 PPN

Kemudahan bagi negeri dalam Fasa 2 PPN

Kesemua 11 aktiviti ekonomi ini adalah tambahan kepada 11 aktiviti ekonomi yang dibenarkan seperti senarai diatas iaitu:

  • Kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi
  • Kedai barangan terpakai
  • Kedai bunga dan nurseri
  • Kedai kraftangan dan cenderahati
  • Kedai antik
  • Kedai alat permainan
  • Kedai permaidani
  • Kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif
  • Kedai peralatan outdoor (termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lain-lain)
  • Kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi
  • Kedai tembakau (termasuk vape dan rokok elektronik)

SOP yang dikenakan juga sama seperti senarai dalam Fasa 1 PPN sebelum ini. Anda boleh rujuk laman web MKN untuk maklumat lanjut

Kemudahan bagi negeri dalam Fasa 2 PPN

Kebenaran beroperasi bagi sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian

Dalam pada itu, Kerajaan juga telah bersetuju membenarkan semua aktiviti tidak perlu (non-essential) dalam sektor-sektor pembuatan, pembinaan perlombongan dan pengkuarian kembali beroperasi bermula 16 ogos 2021 di negeri Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 PPN

Walaubagaimanapun, kapasiti pengeoperasian adalah bergantung kepada kadar vaksinasi lengkap pekerja iaitu 80%-100% (100% kapasiti), 60%-79% (80% kapasiti) dan 40%-59% (60% kapasiti pekerja sahaja)

Kebenaran mengunjungi taman rekreasi awam bagi tujuan riadah

Kerajaan juga bersetuju membenarkan taman-taman rekreasi awam bagi negeri-negeri di dalam Fasa 1 PPN dibuka bagi tujuan riada berkuatkuasa 16 Ogos 2021.

Akan tetapi hanya melibatkan aktiviti individu seperti jogging, berbasikal dan bersenam sahaja.

Post a Comment

Previous Post Next Post