Go+ Touch 'n Go eWallet kini patuh syariah. Ini cara daftar untuk mulakan pelaburan

Go+ Touch 'n Go eWallet kini patuh syariah. Ini cara daftar untuk mulakan pelaburan

Berita baik terutamanya kepada pengguna Touch 'N Go eWallet. Ciri pelaburan Go+ kini diumumkan patuh syariah. Jadi umat Islam terutamanya sudah boleh menggunakannya dan mula melabur tanpa syak.

GO+ telah diperkenalkan pada Mac 2021 yang lalu dimana ianya merupakan ciri pelaburan secara terbina pada Touch 'N Go eWallet. Ini membolehkan pengguna melabur dan menerima pulangan setiap hari menerusinya.

Pada awalnya, TnG eWallet mengumumkan ciri pelaburan ini tidak patuh syariah tetapi ianya hanya permulaan dan mereka cuba untuk memperkenalkan ciri pelaburan ini mesra syariah pada masa akan datang.

Seperti matlamat tersebut telah tercapai apabila Go+ Touch 'n Go eWallet mesra muslim dan kini tiada keraguan untuk orang ramai terutamanya orang Islam untuk melabur menggunakan ciri pelaburan terbina ini.

Bagi yang berminat, anda kini boleh melabur serendah RM10 sahaja menggunakan Go+ TnG eWallet sekali gus mampu menerima pulangan setiap hari.

Cara daftar Go+ Touch 'N Go eWallet

Bagi melayakkan anda menggunakan Go+, terlebih dahulu anda perlu buat pengesahan akaun serta naik taraf akaun Touch 'N Go eWallet kepada akaun premium dengan menghantar maklumat peribadi bersama matlumat ID

1)  Jika sudah, anda buka aplikasi Tng eWallet semula dan pada halaman utama, klik pada ikon Go+

2)  Kemudian anda dibawah kepada halaman Go+. Klik pada "Upgrade Now"

Cara daftar Go+ Touch 'N Go eWallet

3)  Anda perlu masukkan maklumat peribadi seperti pekerjaan, pendapatan tahunan, dan sebagainya. Jika sudah, klik "Submit"

Cara daftar Go+ Touch 'N Go eWallet

4)  Untuk permulaan, anda perlu masukkan nilai pelaburan serendah RM10 sama ada menggunakan FPX Online Banking atau baki eWallet anda dan klik "Next". Selesaikan pembayaran seperti biasa sehingga selesai

Cara daftar Go+ Touch 'N Go eWallet

5)  Selesai! Anda kini sudah melabur menggunakan Go+ dengan pulangan sebanyak 1.43% p.a. (per annum) dan mungkin berbeza dari hari ke hari.

Cara daftar Go+ Touch 'N Go eWallet

Sebarang nilai pulangan, akan dikemaskini dari hari ke hari. Nilai yang dipaparkan adalah berdasarkan hari sebelumnya dan bukan pada masa tersebut.

Setakat ini, pihak TnG eWallet membenarkan pengeluaran (cash out) ke akaun bank tanpa sebarang caj tambahan dan boleh dibawa keluar pada bila-bila masa sahaja dengan baki sekurang-kurangnya RM10.

Jika anda buat transaksi penambahan pelaburan sebelum jam 4 petang, keuntungan harian akan diberi pada hari seterusnya. Walaubagaimanapun, anda perlu tahu konsep pelaburan. Skim pelaburan Go+ ini juga tidak menjanjikan pulangan dan keuntungan.

Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh layari laman web Go Plus Touch 'N Go eWallet di https://goplus.tngdigital.com.my/

Post a Comment

Previous Post Next Post