Saksikan Drama Anak Sena Di Slot Lestary TV3

Saksikan Drama Anak Sena Di Slot Lestary TV3

TV3 minggu ini membawa sebuah drama melayu terbaru bertajuk Anak Sena yang akan disiarkan di slot Samarinda bermula 26 Ogos 2021 bagi menggantikan drama Hello Jangan Tapau Cintaku.

Drama ini merupakan idea asal daripada Panel Kreatif Scimpa dan bukannya adaptasi daripada mana-mana novel. Jadi penonton semua perlu tengok penceritaan baru yang dibawa dalam drama ini.

Anak Sena diarahkan oleh Bahri Uma Bajuri dibawah produksi Kembara Sufi Sdn. Bhd. Manakala MF Kenchana & Irdeena Nur Humaira bertindak sebagai penulis skrip untuk drama ini.

Saksikan Drama Anak Sena Di Slot Lestary TV3

Drama 8 episod ini menampilkan barisan pelakon seperti Ben Amir, Hadi Putra, Sasha Abdul, Ruzaidi Abd Rahman, Norshahira Abdul Malik, Nadia Aqilah, Farah Ahmad, Lan Siro, Danish Iskandar dan ramai lagi.

Juga terdapat penampilan khas daripada pelakon Azwan Ali dan Rashidah Jaafar dalam drama ini nanti.

Saksikan Drama Anak Sena Di Slot Lestary TV3

Sinopsis Drama Anak Sena

Drama Anak Sena mengisahkan mengenai kehidupan Sena (Ruzaidi Abd Rahman), tok batin berketurunan orang asli Bateq yang berusaha memastikan anak orang asli mendapat pendidikan sempurna.

Setiap pagi, dia akan memandu bot membawa sejumlah murid dari kampungnya meredah sungai Hulu Tembeling untuk ke sekolah.

Selesai waktu persekolahan, Sena akan membawa Wadi (Hadi Putra) masuk ke hutan memburu binatang, mencari makanan, tumbuhan, akar kayu dan rotan.

Saksikan Drama Anak Sena Di Slot Lestary TV3

Bagi Sena, anak-anak orang asli perlu menguasai ilmu hutan dan ilmu sekolah.

Menjadi kebiasaan bagi anak orang asli datang sedikit lewat ke sekolah kerana terpaksa meredah hutan dan perjalanan menaiki bot ke sekolah juga memakan masa lama.

Konflik terjadi apabila suatu hari cikgu Amir (Bin Amir), guru baru di sekolah Wadi tidak sengaja memarahi Wadi.

Sejak itu Wadi tidak mahu ke sekolah dan tekad melarikan diri daripada kampung kerana tidak mahu dipaksa ke sekolah oleh Sena.

Keputusan Wadi melarikan diri membawa membawa padah apabila dia diculik dan dipaksa meminta sedekah di bandar.

Saksikan Drama Anak Sena Di Slot Lestary TV3

Waktu Bersiaran

Drama Anak Sena akan disiarkan bermula 26 Ogos ini, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9.00 malam di slot lestary TV3. Selain itu juga boleh strim di Disney+ Hotstar dengan waktu lebih awal daripada tayangan di tv.

Tonton Disini/button


Post a Comment

Previous Post Next Post