Antara Alat Perubatan Yang Perlu Ada Ketika Kuarantin Di Rumah

Antara Alat Perubatan Yang Perlu Ada Ketika Kuarantin Di Rumah

Seperti yang dimaklumkan oleh KKM, bagi pesakit Covid-19 kategori 1 dan 2 boleh kuarantin di rumah dengan syarat mereka tidak ada komoboti atau penyakit-penyakit lain.

Selain itu, kebenaran ini juga diberi sekiranya fasiliti untuk mengasingkan diri seperti mempunyai bilik atau bilik air sendiri. Jika tidak, mungkin mereka akan dibawah ke PKRC untuk dipantau kesihatan.

Jadi sekiranya anda dijangkiti Covid-19 dan lakukan kuarantin kendiri di rumah, mungkin ada beberapa peralatan perubatan yang perlu ada bagi memantau tahap kesihatan sendiri.

Sebenarnya, alat perubatan ini bukan khusus kepada pesakit Covid-19 (Home Quarantine), tetapi untuk semua orang lagi-lagi ketika pandemik yang masih berlaku di dalam negara kita ini. 

Alat Perubatan Perlu Ada Di Rumah

Alatan perubatan ini bukan sahaja boleh memantau keadaan ketika pandemik, tetapi boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja ketika berada di rumah.

Ianya boleh digunakan bagi pantau tahap kesihatan sendiri dan jika berlaku apa-apa bacaan tidak normal, boleh terus dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan.

Alat perubatan ini juga boleh dibeli sendiri di farmasi-farmasi berdaftar atau secara online dan pastikan ianya juga berdaftar dengan Medical Device Authority,  MDA

#1 - Alat Tekanan Darah

Alat Tekanan Darah

Alatan ini boleh mengukur tekanan darah dan kadar nadi. Sangat penting terutamanya bagi mereka yang memang ada penyakit darah tinggi. Boleh pantau bacaan tekanan darah.

Tekanan darah normal adalah :

  • Sistolik : 120 (julat 90-139) mmgHg
  • Diastolik : 80 (julat 60-89) mmHg

Sistolik bawah <90 atau diastolik <60 dikira sebagai tekanan darah rendah dan bahaya. Manakala nadi yang normal adalah 60 - 100 degupan jantung seminit.

Link Pembelian :【Shopee】【Lazada

#2 - Termometer

Termometer

Pada asasnya ianya berfungsi untuk mengukur suhu badan. Dikala pandemik dan salah satu gejalannya adalah demam. Jadi dengan termometer ini, boleh la tahu tahap suhu badan anda selama mana kuarantin di rumah

  • Suhu 37.5C atau lebih dikira demam
  • Suhu melebihi 39.4C dikira demam taham tinggi

Link Pembelian :【Shopee】【Lazada

#3 - Oximeter

Oximeter

Oximeter atau Pulse Oximeter ialah alat pengukur paras oksigen dalam darah kita. Alat ini biasanya digunakan untuk memantau keadaan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang boleh mempengaruhi tahap oksigen dalam darah seperti jangkitan Covid-19.

  • Nilai 85 dan ke atas - teruskan pemantaun di rumah
  • Nilai 93-94 - dapatkan nasihat doktor
  • Nilai 92 atau kurang - Kecemasan. Dapatkan nasihat segera atau telefon 999

Posisi jari memain peranan dalam bacaan. Pembetulan posisi jari atau percubaan jari lain digalakkan jika bacaan tidak selari dengan gejala.

cara bacaan oximeter

Link Pembelian :【Shopee】【Shopee】【Lazada

#4 - Spirometer

Spirometer

Spirometer boleh digunakan sebagai senaman bagi membantu mempercepatkan proses pemulihan Covid-19 sekirannya anda dijangkiti dan telah pulih.

Alatan ini berfungsi bagi menguatkan otot pernafasan sekali gus untuk pulih kepada keadaan asal. Boleh lakukan setiap jam. Sedut dan naikkan kesemua 3 bola sebanyak 10 kali

Link Pembelian :【Shopee】【Lazada


sumber : Public Health Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post