Astro Menyediakan Pelbagai Rancangan Menarik Di Saluran 100 Sempena Astro 25

Astro Menyediakan Pelbagai Rancangan Menarik Di Saluran 100 Sempena Astro 25

Hari ini merupakan hari bersejarah, dimana Astro menyambut hari ulangtahun ke-25 berkhidmat untuk rakyat Malaysia. Oleh itu, Astro telah menyediakan pelbagai rancangan menarik menerusi siaran Astro 25 di saluran 100.

Bagi menghargai pelanggan selama 25 tahun ini, menerusi siaran Astro 25 akan disiarkan pelbagai program hiburan istimewa tempatan dan luar negara seperti filem, program realiti, dokumentari dan sebagainya.

Antara seleksi filem yang bakal ditontonkan seperti Tanah Tumpahnya Darah Kita, We Are No Different, Journey To Stardom, Ola Bola, The Journey, Paskal, Polis Evo, Hantu Kak Limah dan banyak lagi.

Terdapat lebih 150 rancangan yang akan disiarkan di Astro 25 saluran 100 bermula 16 Ogos hingga 3 Oktober 2021 menerusi Tv Astro, On Demand dan juga di Astro Go.

Tontonan percuma (complimentary viewing) ini diberikan kepada semua pelanggan Astro dan boleh nikmat rancangan hebat tersebut bersama keluarga.

on your mark astro first

Dalam pada itu, sempena kempen Hari Kemerdekaan, Astro telah mengumumkan tema #KitaTeguhBersama selari dengan sambutan ulang tahun Astro pada kali ini.


sumber : media Astro

Post a Comment

Previous Post Next Post