Angka Tertinggi Jangkitan Covid-19 Dicatatkan Sebanyak 24,599 Kes

Angka Tertinggi Covid-19 Dicatatkan Sebanyak 24,599 Kes Baharu

Malaysia sekali lagi merekodkan angka tertinggi jangkitan harian Covid-19 iaitu sebanyak 24,599 kes yang tertinggi sejak pandemik melanda negara pada tahun 2020 yang lalu.

Sepertinya apa yang diramal oleh pihak Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM) pada bulan julai yang lalu dimana kes harian melebih 24 ribu akan berlaku pada September.

Tetapi sepertinya, belum memasuki bulan baru, tapi kes sudah pun mencapai angka tersebut.

Daripada angka tersebut, mengikut pecahan jumlah kes, terdapat 8 negeri yang mencatatkan 4 angka iaitu Selangor (6,936 kes), Sabah (3,487 kes), Johor (2,785 kes), Sarawak (2,024 kes) dan  Kedah (1,538 kes).

Selain itu Pulau Pinang dengan 2,078 kes, diikuti Kelantan dan Perak masing-masing dengan 1,312 dan 1,170 kes.

Angka Tertinggi Covid-19 Dicatatkan Sebanyak 24,599 Kes Baharu

Dari jumlah ini, sehingga 26 Ogos 2021, jumlah keseluruhan kes Covid-19 telah merekodkan sebanyak 1,640,843 kes.

Selain itu, hari ini juga mencatatkan jumlah kes kematian tertinggi iaitu sebanyak 393 orang dan menjadikan keseluruhan angka kematian sebanyak 15,211 kes.

Rakyat diingatkan untuk terus patuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.

Selain itu, tidak lupa untuk mendaftar pengambilan vaksin dan hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) apabila tarikh temu janji telah sampai.

Post a Comment

Previous Post Next Post