Sepatutnya Menu Baru KFC Extra Hot & Spicy Dijadikan Menu Tetap Ganti Ayam Goreng Spicy

review kfc ayam goreng extra hot & spicy

Hari ini, KFC telah memperkenalkan menu terbaru mereka Extra Hot & Spicy untuk ayam goreng dengan rasa pedas ngam-ngam dan sedap kaw-kaw.

Jika dibandingkan dengan menu ayam goreng tetap mereka iaitu Ayam Goreng Original dan Ayam Goreng Hot & Spicy, tetapi kali ini adalah Extra Hot & Spicy

Jadi anda boleh jangka dengan ayam sepertinya warna kemerahan dan rasanya pasti lebih extra pedas daripada yang biasa. Tapi betul ke pedas?

Menerusi menu baru ini, KFC menyediakan beberapa set combo iaitu 2-ketul, 3-ketul Extra Hot & Spicy Combo masing-masing dengan harga RM17.99 dan RM21.99

Selain itu ada juga Extra Hot & Spicy Box Meal dengan tanda harga RM22.99 dan 6-ketul, 9 ketul serta 12-ketul ayam goreng Extra Hot & Spicy Bucket.

Bukan itu sahaja. sempena pergenalan menu baru ini, KFC juga memperkenalkan Kentang Goncang dimana diberikan serbuk perasa Hot & Spicy dan boleh digunakan bersama kentang goreng.

Anda boleh dapatkan di kesemua KFC seluruh Malaysia secara bawa pulang atau pandu-lalu. Boleh juga buat pesanan secara KFC Delivery.

Menu baru Extra Hot & Spicy ini ditawarkan untuk waktu terhad sahaja tetapi sebenarnya ianya boleh menggantikan ayam goreng Hot & Spicy. Kenapa?

Review Menu Baru KFC Extra Hot & Spicy

Dengan pembelian set combo, anda akan dapat ayam goreng, coleslaw, ketang putar bersama-sama dengan air minuman.

Rasa yang ditawarkan sama sahaja seperti ayam goreng biasa tetapi dengan sedikit rasa pedas. Bukan banyak, tetapi sedikit sahaja. Jika diikur sekitar 2.5/5 sahaja rasa pedasnya.

review kfc ayam goreng extra hot & spicy

Sebab itulah, dengan rasa pedas ini, ianya boleh mengantikan Ayam Goreng Hot & Spicy biasa tersebut. Jadi rasanya lebih pedas sikit berbanding biasa.

Rasanya bagi yang tidak gemar pedas pun, menu Extra ini tidak memberi kesan ketara pun. Katanya macam 'pedas baby' sahaja. Warnya ayam gorengnya juga tidaklah merah tetapi seakan sama seperti Hot & Spicy sahaja.

Sepertinya Kentang Goncang rasa lebih pedas. Anda boleh campurkan kentang goreng biasa bersama serbuk Hot & Spicy yang diberi ke dalam beg kertas yang disediakan dan goncang.

review kentang goncang

Rasanya sedikit manis dan pedas. Ianya seakan serbuk mamee yang biasa kita jumpa di kedai runcit tersebut.

Jadi bagi kami, Ayam Goreng Extra Hot & Spicy ini tidaklah terlalu pedas tetapi masih sedap untuk dinikmati, lagi-lagi bersama keluarga.


Post a Comment

Previous Post Next Post