Awesome TV Bawakan Telefilem Holiday Aji Tom Menerusi Slot Ohsem Tele

telefilem Holiday Aji Tom di Awesome TV

Hujung minggu anda akan disajikan dengan sebuah telefilem komedi bertajuk Holiday Aji Tom yang bersiaran pada 29 Ogos 2021 menerusi slot Ohsem Tele di Awesome TV.

Siapa nak tengok penyanyi rap perempuan berhijab, Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini berlakon, kena tengok telefilem ini.

Selain itu, terdapat juga pelakon-pelakon lain seperti Syafiq Kyle, Jalil Hamid, Safwan Nazri, Syuhaida Abraz, Tengku Zara dan ramai lagi.

Telefilem Holiday Aji Tom terbitan Tsar Asia Sdn. Bhd. ini membawakan Aidilfitri Mohamed Yunos sebagai pengarah.

telefilem Holiday Aji Tom di Awesome TV

Sinopsis Telefilem Holiday Aji Tom

Telefilem Holiday Aji Tom mengisahkan tentang percutian sebuah keluarga demi merapatkan dan menjadikan sebuah keluarga bahagia kembali seperti semasa isteri Aji Tom masih hidup.

Aji Tom (Jalil Hamid) adalah seorang bapa tunggal yang mempunyai hubungan renggang dengan tiga orang anaknya iaitu Jamil (Syafiq Kyle), Safuan (Safwan Nazri) dan Sofia (Bunga) disebabkan perwatakannya yang terlalu garang dan tegas.

telefilem Holiday Aji Tom di Awesome TV

Pada satu hari, Aji Tom berfikir dan mendapat idea untuk mengadakan sebuah percutian bersama seluruh keluarganya dengan harapan akan menjadi lebih rapat dan saling menyayangi.

Sepertinya harapan tersebut menjadi sebaliknya. Percutian itu bertukar menjadi huru-hara apabila pelbagai insiden lucu tak diingini berlaku dan konflik yang dihadapi oleh setiap seorang anak-anak Aji Tom.

Dalam masa yang sama juga, Jamil cuba untuk membuatkan ayahnya, Aji Tom suka dengan isterinya yang bukan lah menantu pilihan.

telefilem Holiday Aji Tom di Awesome TV

Waktu Bersiaran

Jadi jangan pergi ke mana-mana. Saksikan telefilem Holiday Aji Jom pada 29 Ogos ini, hari Ahad pukul 9.30 malam menerusi slot Ohsem Tele di Awesome TV saluran Astro 123 dan MyTV 112.

Selain itu, anda juga boleh tonton di laman web www.awesometv.my dan dapatkan pelbagai kandungan drama dan telefilem lain.

Post a Comment

Previous Post Next Post