Senarai Penuh 30 Atlet Malaysia Yang Layak Ke Olimpik Tokyo 2020

Senarai Penuh 30 Atlet Malaysia Yang Layak Ke Olimpik Tokyo 2020

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) secara rasmi telah mengumumkan senarai 30 atlet negara yang akan beraksi di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.

Olimpik Tokyo pada awalnya dijadualkan akan berlangsung pada tahun 2020 tetapi disebabkan pandemik COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia, temasya sukan yang diadakan 4 tahun sekali ini terpaksa ditunda sehinggalah ke tahun 2021.

Tahun ini, Malaysia menghantar atlet badminton paling ramai iaitu seramai 8 pemain dengan membabitkan perseorang dan beregu lelaki serta wanita selain daripada wakil untuk acara beregu campuran.

Senarai Penuh Atlet Malaysia Ke Olimpik Tokyo 2020

Olimpik Tokyo 2020 akan bermula pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 yang berlangsung kesemua acara di Tokyo, Jepun secara tertutup (mungkin tanpa kehadiran penonton).

Untuk rakyat Malaysia, anda boleh saksikan acara yang dipertandingkan secara langsung menerusi 13 saluran di Astro (Sport Pack) secara HD termasuk Astro Arena dan juga saluran RTM.

Senarai Penuh 30 Atlet Malaysia Yang Layak Ke Olimpik Tokyo 2020

Senarai acara dan atlet yang mewakili negara dalam Olimpik Tokyo 2020:

Chief De Mission: Datuk Lee Chong Wei

Memanah
Individu lelaki: Khairul Anuar Mohamad
Individu wanita: Syaqiera Mashayikh

*Acara Recurve Individu dan Pasukan Campuran Recurve

Olahraga
Lompat tinggi: Lee Hup Wei
100 m wanita: Azreen Nabila Alias

Gimnastik
All around wanita: Farah Ann Abdul Hadi
All aroung lelaki: Jeremiah Loo Phay Xing

Badminton
Perseorangan lelaki: Lee Zii Jia
Perseorangan wanita: Soniia Cheah
Beregu lelaki: Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Beregu wanita: Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean
Beregu campuran: Chan Peng Soon- Goh Liu Ying

Menembak
50 meter rifle wanita 3 Position: Suryani Mohamed Taibi

Berbasikal
Keirin lelaki: Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom
Pecut lelaki: Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom

Senarai Penuh 30 Atlet Malaysia Yang Layak Ke Olimpik Tokyo 2020

Terjun
Tiga meter papan anjal individu wanita: Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee
10 meter platform individu wanita: Pandelela Rinong Pamg, Cheong Jun Hoong
10 meter platform seirama wanita: Pandelela Rinong Pamg/ Leong Mun Yee

Golf
Individu lelaki: Gavin Green
Individu wanita: Kelly Tan

Pelayaran
Laser lelaki: Khairulnizam Mohd Afendy
Laser radial wanita: Nur Shazrin Mohd Latif
International 470 wanita: Nuraisyah Jamil, Juni Karimah Noor Jamali

Renang
200 meter dan 400 meter gaya bebas lelaki: Welson Sim Wee Sheng
100 meter dan 200 meter kuak dada wanita: Phee Jinq En

Senarai Penuh 30 Atlet Malaysia Yang Layak Ke Olimpik Tokyo 2020

Adakah ini merupakan temasya olimpik yang akan memberikan pingat emas pertama kepada Malaysia? Semoga ianya membuahkan hasil yang lebih baik berbanding temasya Olimpik Rio 2016 yang lalu.

Tahun ini, Malaysia mensasarkan 3 pingat dan salah satu pingat adalah pingat emas. Sasaran tersebut datang daripada Berbasikal Trek, Badminton dan sukan Akuatik Terjun


sumber : Astroawani, hmetro, kaputshack

Post a Comment

Previous Post Next Post