Resepi Daging Gulai Kuning Yang Mudah Disediakan

Resepi Daging Gulai Kuning Yang Mudah Disediakan

Untuk anda yang sedang mencari resepi daging gulai, anda boleh cuba resepi ini Daging Gulai Kuning yang senang serta mudah disediakan. Boleh masak dan disediakan untuk seisi keluarga.

Selain dapatkan kepingan daging di kedai, mungkin anda dapat bahagian daging korban ketika Hari Raya Aidiladha. Jadi pada waktu ini, anda boleh sediakan pelbagai juadah masakan berasaskan daging termasuklah daging gulai kuning ini.

Resepi Daging Gulai Kuning

Senarai resepi ini dengan jumlah bahan, ianya dianggarkan untuk 12 orang. Jadi ianya sesuai untuk seisi keluarga seharian.

Bahan-Bahan

  • 600 g daging (hiris)
  • 800 ml santan pekat
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu makan serbuk kunyit
  • 3 biji ubi kentang (potong dadu)
  • 2 helai daun salam (carikkan)
  • 2 batang serai (titik)
  • 2 sudu makan kerisik
  • Air secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus

  • 10 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 10 biji cili padi
  • 3 cm kunyit hidup


Cara Memasak

1)  Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga wangi

2)  Masukkan cili kisar dan serai. Masak hingga garing dan pecah minyak

3)  Masukkan daging, serbuk kunyit, setengah daripada santan dan sedikit air. Kacau dan biarkan daging masak dan empuk

4)  Tambahkan ubi kentang dan daun salam. Kacau dan masak hingga ubi kentang empuk

5)  Masukkan baki santan dan juga kerisik

6)  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Angkat dan sedia untuk dinikmati


Selamat mencuba...

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments