Senarai 6 Projektor Mini Terbaik Dan Termurah Di Malaysia Untuk Tahun 2022

projektor mini terbaik tahun 2021

Disebabkan pandemik, kita tidak dibenarkan untuk menonton filem di panggung wayang. Oleh sebab itu, apa kata, kita bina sendiri panggung wayang di rumah dengan menggunakan projektor mini.

Ini merupakan senarai 6 projektor mini terbaik dan termurah di Malaysia dengan rating yang tinggi yang anda boleh dapatkan untuk tahun 2022. 

Dengan menggunakan televisyen pastinya anda tidak mampu untuk hasilkan paparan yang lebih besar. Kalau besar pun, pastinya akan meninggikan kos untuk dapatkan tv yang lebih besar.

Tetapi dengan adanya projektor mini ini, anda boleh selaraskan saiz paparan yang anda mahukan. Boleh juga selaras sehingga besar bilik anda dan barulah jadi panggung wayang rumah atau Mini Home Theatre kan.

Senarai Projektor Mini Terbaik Untuk Tahun 2022

Dengan senarai ini, anda tidak perlu habiskan wang ringgit dengan peralatan mahal. 6 projektor mini ini hanya berharga tidak lebih daripada RM500 pun.

#1 - 6000 lumens Android Mini Projector

6000 lumens Android Mini Projector

Sebuah projektor mini yang dipasang khas dengan sistem Android. Juga mempunyai sambungan Wifi. Ini bermakna anda boleh terus menonton kandungan seperti Youtube dan Netflix tanpa perlu pasang dengan Androi Box lain.

Selain itu, projector ini juga mampu diselaraskan sehingga 150 inci dengan paparan HD dan yang terbaik adalah antara 60-80 inci. Ada juga sambungan bluetooth. Kadar kecerahan adalah 6000 lumens

Harga yang ditawarkan sekitar RM239 - RM355

⏩ Link Pembelian : Shopee  Lazada

#2 - MiniBeam Ultra Portable Mini LED Pico Projector

MiniBeam Ultra Portable Mini LED Pico Projector

Sebuah projektor mini yang bersaiz sebesar tapak tangan sahaja tetapi masih memberikan pencahayaan dan kualiti yang baik.

Saiz penyelarasan terbaik antara 20-60 inci dengan aspect ratio 4:3. Mini projector ini memberikan sambungan USB, TF Card, HDMI dan juga terdapat port 3.5mm headphone.

Harga yang ditawarkan sekitar RM129 - RM139

⏩ Link Pembelian : Shopee  Lazada

#3 - W80 HD 1080P Android Projector

W80 HD 1080P Android Projector

Ini sebuah lagi mini projektor yang menawarkan sistem Android terbina di dalamnya. Anda boleh terus tonton tanpa perlukan apa-apa sambungan peranti lain.

Saiz pancaran terbaik adalah sekitar 60 hingga 80 inci dengan kadar kecerahan sehingga 400- lumens. Sistem audio yang terbaik, sambungan Wifi, bluetooth dan juga skrin resolusi 1280x720P

Harga yang ditawarkan sekitar RM229 - RM397

⏩ Link Pembelian : Shopee  Lazada

#4 - Inouva Projektor

Inouva Projektor

Antara kelebihan projektor ini adalah menawarkan skrin resolusi HD 1280 x 720 dan lumens 5000. Saiz skrin terbaik juga antara 60 hingga 80 inci yang cukup baik untuk saiz mini home theatre

Tiada sistem Android terbina tetapi menyediakan banyak port sambungan seperti AV input, USB, TF card, HDMI dan VGA. Rasanya hampir semua peranti menyokong sambungan ini. 

Harga yang ditawarkan sekitar RM350 - RM499

⏩ Link Pembelian : Shopee  Lazada

#5 - A2000 Home Cinema Multifunctional LED Small Projector

A2000 Home Cinema Multifunctional LED Small Projector

Sebuah lagi projektor mini dengan saiz tapak tangan sahaja. Portable dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. 

Projektor ini menyokong sambungan USB, HDMI, TF card dan micro USB. Selain itu, terdapat juga ciri mirroring. Jadi anda boleh sambung smartphone atau tablet anda secara tanpa wayar

Harga yang ditawarkan adalah RM135

⏩ Link Pembelian : Shopee  Lazada

#6 - Wanbo Mini Portable Projector T2 MAX

Wanbo Mini Portable Projector T2 MAX

Antara senarai projektor yang memberikan resolusi 4K yang pastinya memberikan gambar lebih tajam. T2 Max ini juga terbina dengan sistem Android di dalamnya dengan storan 16GB dan 1GB RAM.

Selain itu, support bluetooth, screen mirroring dan sudah pastinya sambungan Wifi. Juga antara siaz pancaran terbesar iaitu 40-120 inci. Wanbo ini antara jenama dibawah Xiaomi. Jadi pastinya memberikan kualiti yang terbaik

Harga yang ditawarkan sekitar RM388 - RM618

⏩ Link Pembelian : Shopee  Lazada

Post a Comment

Previous Post Next Post