PKPD 34 Mukim Dalam Negeri Selangor Ditamatkan Tengah Malam Ini

PKPD 34 Mukim Dalam Negeri Selangor Ditamatkan Tengah Malam Ini

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim dalam Negeri Selangor yang dijadualkan tamat pada 16 Julai 2021 tidak akan disambung dan akan ditamatkan iaitu bermula tengah malam ini.

Keputusan ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Ismail Sabri dalam kenyataan media pada hari ini.

Katanya lagi, Sidang Khas MKN juga telah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai situasi semasa dan bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD di kesemua mukim yang terbabit.

Kesemua 34 mukim yang terlibat dalam negeri Selangor itu dikenakan PKPD selama 2 minggu bermula 3 Julai yang lalu.

Mukim-Mukim PKPD Yang Terlibat Dalam Negeri Selangor

Mukim yang terlibat adalah :

Daerah Petaling

  • Petaling Jaya
  • Damansara
  • Sungai Buloh
  • Bukit Raja

Daerah Hulu Langat

  • Hulu Langat
  • Ampang
  • Cheras
  • Kajang
  • Semenyih
  • Beranang

Daerah Sepang

  • Dengkul
  • Labu
  • Sepang

Daerah Gombak

  • Vatu
  • Rawang
  • Setapak
  • Hulu Kelang
  • Keluang

Kuala Langat

  • Tanjung 12 (1)
  • Tanjung 12 (2)
  • Teluk Panglima Garang
  • Morib
  • Bandar
  • Jugra Batu

Daerah Klang

  • Kapar
  • Klang
  • Kuala Selangor (Ijok, Bestari Jaya, Jeram)
  • Hulu Selangor (Serendah, Rasa, Ulu Yam, Batang Kali)

- HELLOKERJA

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments