Resepi Steak Dan Sos Cendawan Pastinya Memberikan Selera Ala Barat

resepi steak dan sos cendawan

Daging korban yang diperoleh kita boleh sediakan juadah ala barat. Sebagai contoh penyediaan steak bersama sos. Jadi ini resepi untuk anda masakan steak daging bersama sos cendawan.

Mungkin Raya Aidiladha kali ini anda nak sediakan suatu yang berlainan dari tahun-tahun sebelum ini. Biasa anda masak daging merah, daging kari tetapi kali ini sediakan sebuah masakan ala barat iaitu steak.

Jadi jika tiada daging korban pun, anda masih boleh dapatkan daging sirloin yang berada di pasaran. Ikuti perkongsian cara masak bersama resepi steak dan sos cendawan

Masakan Ala Barat Resepi Steak Dan Sos Cendawan

Masakan western ini dihidangkan untuk 2 orang dengan bahan-bahan yang kurang daripada RM20 sahaja. Mudah juga disediakan.

Bahan-Bahan

  • 1 potong daging sirloin
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • Sedikit garam dan lada hitam
  • Sedikit mentega


Cara Memasak

1)  Cuci daging steak anda dan keringkan

2)  Perapkan daging dengan sedikit garam, bawang putih yang sudah ditumbuk lumat dan sedikit lada hitam. Biarkan sejam

3)  Gunakan kuali pemanggang. Letakkan mentega dan panggang daging steak pada api yang kuat. Balik-balik daging hingga daging menjadi lembut. Jangan buang air atau jus daging yang keluar ketika anda memanggang kerana ia akan digunakan untuk membuat sos cendawan

4)  Hidangkan bersama sos cendawan

Bahan Sos Cendawan

  • 1 sudu makan mentega
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 2 ulas bawang putih (dipotong dadu)
  • 1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • Sedikit cendawan tiram/butang (dihiris)
  • 1 sudu teh tepung jagung (dibancuh dengan 1 sudu makan air)
  • 1 cawan stok ayam
  • Jus daging secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

1)  Panaskan mentega dan minyak masak. Masukkan bawang putih, bawang besar dan biarkan hingga menjadi layu, kekuningan serta naik bau

2)  Masukkan cendawan, biarkan hingga layu. Kemudian masukkan stok ayam dan jus daging tadi. Biarkan hingga mereneh

3)  Masukkan bancuhan tepung jagung dan sedikit garam. Rasa hingga sesuai dengan cita rasa anda

4)  Hidangkan bersama steak sirloin anda tadi


Selamat mencuba...

Post a Comment

Previous Post Next Post