Olimpik Tokyo 2020 : Pingat gangsa pertama diperoleh beregu badminton Aaron Chia-Soh Wooi Yik

pingat gangsa pertama daripada begeru badminton lelaki negara

Tahniah buat Malaysia apabila memenangi perlawanan Beregu Badminton Lelaki peringkat suku akhir sekali gus memenangi pingat pertama negara, Pingat Gangsa untuk kontinjen dalam Olimpik Tokyo 2020.

Kemenangan ini dicapai selepas Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengalahkan pasangan pilihan nombor 2 temasya dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dengan 3 set (17-21, 21-17, 21-14).

Walaupun kemenangan ini tanpa kehadiran mana-mana penyokong mahupun penonton, pasangan beregu negara masih mampu mempamirkan aksi cemerlang sehingga ke saat akhir.


Jika dilihat dalam temasya kali ini, mereka bukan sahaja mengalahkan pasangan pilihan ke-2 tetapi mengalahkan satu lagi pasangan Indonesia yang juga pilihan pertama kejohonan yang juga world no 1, Marcus Gideon-Kevin Sanjaya dalam pusingan suku akhir.

Siapa sangka datang sebagai bukan pilihan (underdog), tetapi berjaya mengalahkan pasangan nombor 1 dunia dengan straight set iaitu 14-21 dan 17-21 yang pastinya salah satu kejutan dalam acara badminton beregu lelaki ini.

pingat gangsa pertama daripada begeru badminton lelaki negara

Aaron Chia-Soh Wooi Yik telah diundi di dalam Group D bersama-sama pasangan yang dikalahkan pada peringkat pingat gangsa, Korea (Choi Solgyu-Seo Seungjae) dan Shue Jason-Yakura Nyl.

Dalam peringkat kumpulan regu negara peroleh 2 kemenangan dan 1 kekalahan yang mana kalah kepada pasangan Indonesia tersebut.

Pada peringkat gangsa inilah, mereka membuktikan rangking bukanlah segala-galanya apabila dapat membalas dendam sekali gus memenangi perlawanan dan mengondol pingat pertama negara, Pingat Gangsa.

Pingat Gangsa Untuk Malaysia

Malaysia telah mensasarkan 3 pingat daripada 3 sukan iaitu Terjun Badminton dan Berbasikal Trek dan salah satu daripadanya adalah emas.

Jadi setakat ini, Malaysia masih berada di atas landasan sasaran pingat selepas peroleh pingat pertama daripada sukan badminton. Ada 2 lagi.

Diharapkan atlet negara yang masih bertanding di dalam temasya Olimpik Tokyo 2020 untuk terus berusaha dan gapailah pingat emas negara pertama tahun ini.

Untuk kedudukan kutipan pingat, Malaysia kini berada di tangga ke-70 dengan penambahan 1 pingat gangsa bersama-sama Portugal, Kuwait, Argentina dan beberapa negara lagi

Tahniah! Aaron Chia-Soh Wooi Yik

Tahniah! Malaysia untuk Pingat Gangsa


sumber gambar : Unifi

Post a Comment

Previous Post Next Post