Senarai PPV untuk vaksinasi walk-in di Lembah Klang bermula 2 Ogos ini

Senarai PPV untuk vaksinasi walk-in di Lembah Klang bermula 2 Ogos ini

Pihak Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sudah mengeluarkan senarai pusat pemberian vaksin (PPV) untuk vaksinasi di Lembah Klang bermula 2 Ogos ini.

Langkah vaksinasi secara walk-in ini diambil bagi memastikan individu yang telah berdaftar di Lembah Klang menerima sekurang-kurangnya satu dos pertama.

Ini kerana Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor telah menjadi pusat penularan wabak Covid-19 dalam negara. Oleh itu, diperkenalkan kaedah pelaksanaan vaksinasi secara walk-in.

Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) mengingatkan bawah walk-in hanyalah untuk penduduk di Lembah Klang sahaja (KL, Selangor, Putrajaya).

Individu yang telah mendapat janji temu adalah tidak dibenarkan untuk walk-in dan mereka juga tidak dibenarkan untuk membatalkan janji temu yang diberikan bagi tujuan walk-in.


Vaksinasi secara walk-in di Lembah Klang

Kehadiran adalah first-come-first-serve basis bergantung kepada kapasiti bekalan di PPV masing-masing

Warganegara Malaysia di Lembah Klang

Tarikh walk-in dibenarkan

  • 2 Ogos hingga 4 Ogos 2021 - Khusus untuk umur 40 tahun ke atas atau golongan komorbid
  • 5 Ogos hingga 22 Ogos 2021 - Semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas

Masa walk-in

Ianya ditetapkan bermula 2 petang pada setiap hari (tertakluk pada hari operasi PPV masing-masing)

Senarai PPV terlibat

  • KLCC, HCO F
  • KLCC, HCO G
  • KLCC, HCO H
  • Bangi Avenue Convention Centre (BACC)
  • Hotel Wyndham, Klang
  • Dewan Komuniti Serendah
  • Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA
  • Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam

Dokumen yang diperlukan

Bukti menunjukkan anda bermastautin di Lembah Klang. Contoh : kad pengenalan, lesen memandu, bil utiliti, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian atau lain-lain

Manakala bagi golongan komorbid diminta membawa sebarang bukti yang menunjukkan mereka komorbid seperti kad rawatan atau kad janji temu.

Senarai PPV untuk vaksinasi walk-in di Lembah Klang bermula 2 Ogos ini

Bukan Warganegara Malaysia di Lembah Klang

Tarikh walk-in dibenarkan

  • 9 Ogos hingga 11 Ogos 2021 - Khusus untuk umur 40 tahun ke atas atau golongan komorbid
  • 12 Ogos hingga 22 Ogos 2021 - Semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas

Masa walk-in

Ianya ditetapkan bermula 2 petang pada setiap hari (tertakluk pada hari operasi PPV masing-masing)

Senarai PPV terlibat

  • PPV Stadium Nasional Bukit Jalil

Dokumen yang diperlukan

Bukti menunjukkan anda bermastautin di Lembah Klang. Contoh : kad pengenalan, lesen memandu, bil utiliti, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian atau lain-lain

Bagi yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan yang sah, mereka akan melalui proses yang telah ditetapkan oleh CITF.

Manakala bagi golongan komorbid diminta membawa sebarang bukti yang menunjukkan mereka komorbid seperti kad rawatan atau kad janji temu.


sumber : JKJAV

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments