Sinovac Kini Menjadi Antara Vaksin Yang Diterima Bagi Kemasukan Ke Arab Saudi

Sinovac Kini Menjadi Antara Vaksin Yang Diterima Bagi Kemasukan Ke Arab Saudi

Berita ini pastinya melegakan banyak pihak terutamanya penerima vaksin di Malaysia. Ini kerana, kini Arab Saudi telah masukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke negara itu.

Pengumuman ini dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui perkongsian di laman twitter rasmi beliau.

Tambah beliau, orang ramai kini boleh menyampaikan berita gembira itu kepada ahli keluarga yang berniat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah pada masa akan datang.

Setakat ini, Malaysia telah menggunakan 3 jenis vaksin COVID-19 iaitu Pfizer-BioNTech, AstraZeneca dan Sinovac. Pada awalnya, daripada 3 ini, hanya 2 vaksin sahaja diterima bagi kemasukan ke Arab Saudi iaitu Pfizer dan AstraZeneca. 

Jadi rata-rata ketika itu, ramai risau yang telah menerima suntikan vaksin Sinovac tidak akan dibenarkan untuk melakukan umrah atau ibadah haji pada masa akan datang. Jadi dengan penambahan satu lagi jenis vaksin ini, pastinya akan melegakan orang ramai.

Senarai Vaksin COVID-19 Yang Diiktiraf Oleh Arab Saudi Bagi Kemasukan Ke Negara Tersebut

Dengan perkembangan terbaru, Arab Saudi kini telah mengiktiraf 6 jenis vaksin COVID-19 untuk kemasukan ke negara tersebut iaitu :

  • Pfizer-BioNTech
  • Moderna
  • Oxford-AstraZeneca
  • Jannssen
  • Sinopharm
  • Sinovac
Untuk info lanjut berkaitan, boleh rujuk laman web Kementerian Kesihatan Arab Saudi di https://eservices.moh.gov.sa

Alhamdulillah, diharapkan selepas ini kita semua diberi peluang untuk datang ke Mekah bagi mengerjakan Umrah dan lakukan Ibadah Haji seperti biasa.

Post a Comment

Previous Post Next Post