Resepi Mango Cheesecake Yang Membuatkan Luar Dalam Nampak Sedap

resepi manggo cheesecake

Biasanya kita buat kek kering, kek lapis dan apa kata kali ni berbeza sikit, kita buat Mango Cheesecake. Ini resepi untuk anda cuba di rumah.

Mango Cheesecake ni sedap dimakan bila ianya sejuk. Jadi sejurus siap penyediaannya, anda terus masuk ke dalam peti sejuk sebelum nikmati bersama keluarga.

Inilah antara kek yang berasaskan buah paling sedap nikmati ketika waktu petang santai bersama keluarga dan rakan. Rasa sedap apabila gabungan antara rasa mangga dan keju atau cheese.

Resepi Mango Cheesecake Yang Anda Boleh Cuba

Resepi Mango Cheesecake ini telah dikongsikan oleh SyazaSyhndh di twitter dimana kini telah mendapat lebih 17k Retweet dan 35k Likes. Memang anda patut cuba la resepi beliau.

Bahan Bawah Kek

  • 70g mentega (dicairkan)
  • 10-20 keping biskut marie (jumlah bergantung kepada saiz kek)

Mangga Puri

  • 2 biji mangga
  • 2 sudu gula kastor
  • 100-150ml air
  • Kisar kesemuanya bersama

Bahan Cheesecake

  • 250g krim cheese (philadelphia)
  • 200ml whipped cream (emborg)
  • 80g gula kastor
  • 1 sudu besar serbuk agar
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 - 4 sudu besar mangga puri

Mangga Jeli (Topping

  • 1/2 sudu besar serbuk agar
  • 250g manga puri

Cara Penyediaan

1)  Hancurkan biskut dan campur bersama mentega yang telah dicairkan

2)  Selepas sebati, tuang dalam loyang dan tekan-tekan di sampai padat. 

3)  Kisar kesemua bahan manggo puri dan boleh tambah sedikit air kalau susah nak kisar. Kemudian tapis untuk dapatkan texture yang halus mulus sahaja. Ketepikan

4)  Masukkan krim cheese dalam bekas dan penyetkan untuk melebutkan.

5)  Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Kemudian, masukkan pula jus lemon dan kacau

6)  Guna bekas lain untuk penyetkkan whipped cream pula. 

7)  Gabungkan whipped cream bersama krim cheese dan kacau menggunakan cara kaup balik. Masukkan manggo puri sebentar tadi dan kacau bersama. Lebihan mangga puree simpan tepi.

8)  Sambil itu, cairkan serbuk agar di atas api sehingga mendidih dan jangan berhenti kacau agar itu untuk mengelakkan ketul-ketul. Jika sudah larut, tuang ke dalam campuran cheesecake tadi dan sambung kacau

9)  Selepas sebati, masukkan ke dalam acuan dan biarkan dalam masa 1 - 2 jam

10)  Selepas dah set, boleh buat topping pula dengan cairkan agar menggunakan cara sebelum ini. Jika sudah, boleh masukkan ke dalam lebihan mango puri tadi. Kacau sehingga sebati dan tuang atas cheesecake. 

11)  Akhir sekali masukkan ke dalam peti air untuk semalaman. Kemudian sedia untuk dinikmati

Selamat mencuba...


sumber : @SyazaSyhndh


Post a Comment

Previous Post Next Post