Zahid Hamidi, Nik Abduh Dan Annuar Musa Antara Yang Disahkan Positif COVID-19

Zahid Hamidi, Nik Abduh Dan Annuar Musa Antara Yang Disahkan Positif COVID-19

Umum sedia maklum, isnin ini, 26 Julai sidang khas Parlimen akan berlangsung buat pertama kali dalam tempoh Darurat ini. Akan tetapi kita dikejutkan dengan ada Ahli Parlimen yang telah disahkan positif COVID-19.

Menurut laporan Utusan Online, terdapat 35 individu dalam kalangan ahli parlimen bersama-sama pegawai yang telah disahkan positif setelah menjalani ujian saringan pada Jumaat yang lalu.

Setakat ini seperti yang dilaporkan, antara ahli parlimen yang dijangkiti virus tersebut ialah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Bachok) dan Tan Sri Annuar Musa (Ketereh).

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 selama 5 hari akan bermula pada Isnin ini, 26 Julai sehingga 29 Julai dan 2 Ogos bagi Dewan Rakyat


sumber : Utusan Online

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments