Saksikan Drama Lockdown Di Astro Ria Yang Mengisahkan Realiti Kehidupan Ketika PKP

drama lockdown astro ria

Sebuah lagi drama yang memaparkan realiti dan keadaan kehidupan semasa PKP menerusi drama Lockdown. Drama ini akan mula bersiaran pada 26 Jun 2021 bagi menggantikan drama Ratu Ten Pin.

Setiap daripada kita pastinya ada cerita tersendiri disebalik kehidupan ketikan mula-mula pandemik menyerang negara dan sekali gus dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu, walaupun kita duduk di rumah sahaja tetapi pastinya ada cerita-cerita yang mungkin kita tidak pernah sangka. Jadi cerita-cerita inilah mungkin anda boleh dapat lihat dalam drama Lockdown ini.

drama lockdown astro ria

Drama ini memaparkan 8 kisah berbeza tentang masyarakat harungi PKP dengan dibarisi pelakon-pelakon hebat. Antara pelakon yang terlibat seperi Zara Zya, Beto Kusyairy, Nabila huda, Fahrin Ahmad, Sara Ali, dan Izzue Islam, 

Selain itu, terdapat juga pelakon seperti Kaka Azraff, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Amerul Affendi, Hasnul Rahmat, Jalil Hamid, Azizah Mahzan, Liza Abdullah, Balkisyh Semundur Khan serta ramai lagi.

Lockdown merupakan hasil karya dan idea asal daripada Erma Fatima dan diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya dibawah syarikat produksi U2 Media Sdn. Bhd.

drama lockdown astro ria


Sinopsis Drama Lockdown

Drama Lockdown mengisahkan tentang kehidupan dan ragam masyarakat dalam norma baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan pada awal tahun 2020.

Antara kisah yang diceritkan dalam drama ini adalah tentang menjaga seorang ibu yang menghidap Alzheimer dan pasangan yang berusaha untuk meneruskan perniagaan dalam tempoh PKP.

Selain itu, ada juga kisa komedi pada pasangan yang baru berkahwin dan pasangan yang terpaksa bekerja dari rumah.

drama lockdown astro ria

Waktu Bersiaran

Drama Lockdown akan bersiaran untuk 10 episod bermula 26 Julai ini. Ianya akan disiarkan setiap isnin hingga khamis, pukul 11.00 malam di Astro Ria saluran 104. Anda juga boleh tonton secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibal.

Saksikan Episod Drama Lockdown

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4


Post a Comment

Previous Post Next Post