PEMULIH : Kerajaan Benarkan Pengeluaran KWSP Sehingga RM5,000 Melalui i-Citra

PEMULIH : Kerajaan Benarkan Pengeluaran KWSP Sehingga RM5,000 Melalui i-Citra

Antara inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) adalah kemudahan pengeluaran KWSP baharu iaitu i-Citra.

Jika sebelum ini Kerajaan ada melaksanakan program i-Lestary dan i-Sinar dimana pengeluaran KWSP dibenarkan bagi membantu rakyat dalam mendepani cabaran semasa pandemik COVID-19 ditambah pula dengan pelaksanaan PKP Penuh yang masih dalam Fasa 1 ini.

Pengeluaran KWSP Sehingga RM5,000 Melalui i-Citra

Seramai 12.6 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetapi RM1,000 sebulan untuk tempoh 5 bulan. Dan ianya tertakluk kepada jumlah simpana KWSP ahli.

Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

Kerajaan Benarkan Pengeluaran KWSP Sehingga RM5,000 Melalui i-Citra

Jadi kepada ahli yang betul-betul memerlukan, anda boleh mula buat permohonan kemudahan pengeluaran KWSP di portal i-Citra secara online di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021 nanti.

Selepas berjaya membuat permohonan, pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan terus ke dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Anda perlu ingat, ini adalah simpana hari tua anda dan anda perlu letakkan i-Citra adalah jalan penyelesaian yang terakhir. Jika rasa masih mampu, ahli KWSP tidak perlu membuat pengeluaran.

Untuk maklumat lanjut, boleh pergi portal KWSP atau klik di www.kwsp.gov.my/ms/i-citra

Post a Comment

Previous Post Next Post