5 Cara Hilangkan Rasa Mengantuk Ketika Di Tempat Kerja

5 Cara Hilangkan Rasa Mengantuk Ketika Di Tempat Kerja

Mungkin ada kala ketika ditempat kerja terutamanya, pasti akan ada rasa mengantuk ketika melakukan kerja. Jadi disini, terdapat 5 cara untuk anda hilangkan rasa mengantuk terutamanya ketika berada di tempat kerja.

Salah satu faktor keberadaan di dalam situasa ini adalah gaya hidup kita sendiri. Mungkin malam sebelumnya, kita tidur lewat atau makan terlalu banyak ketika breakfast atau lunch sehingga mata rasa mengantuk apabila melakukan kerja.

Jadi jika anda berada di dalam situasi ini, mungkin anda boleh lakukan beberapa aktiviti ini bagi menghilangkan rasa mengantuk dan boleh melakukan kerja seperti biasa.


5 Cara Hilangkan Mengantuk Ketika Di Tempat Kerja

Jika dirumah, mungkin anda boleh tidur seketika, tetapi di pejabat atau di tempat kerja, mungkin masa tersebut tidak sesuai dilakukan. Tetapi anda boleh lakukan beberapa aktiviti ringan dan mudah lain bagi mengatasi masalah mengantuk ini.

1.  Segera Basuh Muka

Untuk mendapatkan kesegaran semula, anda boleh pergi segera ke singki dan basuh muka dengan air sejuk dan sekali gus mampu menghilangkan rasa mengantuk dengan serta-merta. Sediki sebanyak dapat mengurangkan sedikit rasa mengantuk yang di alami.

2.  Lakukan Aktiviti Senaman Ringan

Inilah antara aktiviti yang anda boleh lakukan apabila berasa mengantuk ketika di tempat kerja iaitu melakukan aktiviti senama ringang. Anda boleh bangun seketika dan buat regangan badan serta bergerak ke kanan, kiri atau berdiri duduk dan ulang dalam beberapa pusingan. Anda boleh lakukan dalam tempoh 3-5 minit bagi memastikan anda kembali segar kerana pengaliran darah kembali lancar selepas aktiviti senaman dibuat.

3.  Minum Air Secukupnya

Antara faktor yang membuatkan anda cepat rasa mengantuk adalah kekurangan air di dalam badan. Jadi mengantuk ini sedikit sebanyak memberikan isyarat dimana badan anda letih serta kekurangan air dan pastinya keadaan ini kurang baik untuk badan anda.

Jadi pastikan anda sudah siap-siapkan bekalan air pada ruang kerja anda atau anda boleh bergerak ke pantry untuk dapatkan air. Minum air kosong atau air suam secukupnya sehingga anda rasa segar dan mampu kembali bekerja tanpa rasa mengantuk lagi.

4.  Pasang Muzik Yang Bersesuaian

Teknik atau cara ini juga biasa dilakukan oleh pelajar bagi mengelakkan mengantuk ketika belajar atau membuat assignment. Golongan pekerja juga boleh mendengar muzik sesuai dengan cita rasa sendiri bagi mengurangkan rasa mengantuk. Muzik atau sesetengan bungi dapat membantuk memberikan kecergasan pada minda, maka tidak salah untuk mendengar ketika bekerja. Tetapi janganlah sampai mengangu rakan kerja yang lain. Mungkin anda boleh pasang dengan nada yang rendah atau pakai headphone sahaja.

Tapi janganlah pula pasang lagu yang mendayu-dayu atau lagu shahdu, risau daripada mengantuk, anda terasa hendak tidur pula kan.

5.  Tarik Dan Hembus Nafas Sedalam-Dalamnya

Tarikh nafas sedalam-dalamnya dan hembuskan perlahan-lahan. Lakukan rutin ini beberapa kali sehingga anda rasa selesa dan segar kembali. Dengan teknik yang betul, anda dapat melancarkan kembali perjalanan oksigen di dalam badan anda sekali gus membuatkan anda rasa lebih segar. Sebelum menghembuskan nafas, tahan nafas seketika dan hembuskan perlahan-lahan. Pastikan oksigen cukup dalam badan anda seperti pengambilan air tadi.


Baca Juga

0/Post a Comment/Comments