Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) Sebanyak RM1k Dibuka Bermula 15 Julai 2021. Ini Cara Memohon

Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) Sebanyak RM1k Dibuka Bermula 15 Julai 2021. Ini Cara Memohon

Perdana Menteri sebelum ini melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) telah mengumumkan pelaksanaan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 kepada penerima yang layak.

Pelaksanaan ini sama seperti GKP 1.0, 2.0 dan 3.0 sebelum ini iaitu bagi menyokong kelansungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP Penuh ini.

Sebelum itu, Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah mula buat bayaran GKP 3.0 Pemerkasa Plus kepada PKS mikro bermula hari ini, 14 Julai iaitu sebanyak RM500.

Jadi kepada pengusaha seperti kedai gunting rambut, pemilik workshop, kedai roti dan kek, pusat penjagaan kesihatan dan lain-lain yang pernah menerima GKP sebelum ini, boleh semak akaun bank anda sekarang.

Kepada yang belum pernah memohon atau belum pernah menerima bayaran GKP sebelum ini, GKP 4.0 ini adalah untuk anda sekiranya layak.

Geran Khas Prihatin (GKP 4.0)

Memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha PKS miko ketika ini, Kerajaan bersetuju dengan mengumumkan bayaran tambahan dibawah GKP 4.0 kepada penerima yang layak iaitu sebanyak RM1000.

Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) Sebanyak RM1k Dibuka Bermula 15 Julai 2021. Ini Cara Memohon

Syarat Permohonan

Antara syarat kelayakan dan permohonan GKP 4.0 ialah :

  • Bukan penerima BPR, GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 sebelum ini.
  • Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • PKS Mikro yang berdaftar dengan SSM, PBT atau LHDNM sebelum atau pada 30 Jun 2021
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang pekerja, tidak termasuk pemilik
  • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat

Jadi jika anda layak berdasarkan syarat permohonan diatas, anda boleh buat permohonan GKP 4.0


Cara Permohonan GKP 4.0

Seperti yang diumumkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), permohonan Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0) dibuka bermula 15 Julai hingga 31 Julai 2021.

Permohonan adalah secara dalam talian (online) sahaja iaitu menerusi portal GKP (gkp.hasil.gov.my) atau klik pautan dibawah

MOHON GKP 4.0 DISINI/button

Jika permohonan anda berjaya, pembayaran GKP 4.0 akan dibuat pada bulan September 2021 sebanyak RM500 dan November 2021 juga RM500 dengan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM1000.

BACA : Pembayaran GKP 4.0 Akan Dibuat 2 Kali Iaitu September & November

Untuk maklumat lanjut berkaitan GKP 4.0, boleh layari portal GKP di https://gkphasil.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post