Tips Temuduga Online SPA (Sektor Kerajaan) Untuk Tahun 2021

Tips Temuduga Online SPA Untuk Tahun 2021

Musim pandemik 2021 sekarang, tidak boleh tidak, kita perlu biasakan diri dengan norma baharu. Jika dulu, biasa hadapi temuduga, kita akan berhadapan dengan panel tetapi kini tidak lagi. Ianya semua diadakan secara online atau video conference termasuklah temuduga SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam).

Situasinya masih masa, tetapi hanya panel penemuduga berada di sebalik skrin komputer atau telefon pintar kita sahaja. Dengan cara ini, tidak akan berlaku close contact antara satu sama lain dan keadaan lebih selamat. Yang penting objektif temuduga itu sampai.

Cara ini telah dibuktikan berjaya apabila sektor Kerajaan (SPA) juga kini telah mengadakan temuduga secara online. Lelaki ini telah kongsikan bagaimana beliau diterima bekerja dalam sektor awam selepas melalui sesi temuduga secara online.

Muhammad Ashraf Che Ani telah diterima bekerja untuk jawatan Penolong Pendaftar selepas berjaya melepasi 1 ujian bertulis (secara online) dan 2 sesi temuduga (juga secara online).

Tips Dan 10 Perkara Penting Bagi Hadapi Temuduga SPA Secara Online

Beliau kongsikan 10 tips ini yang mana mungkin anda boleh ikuti dan aplikasikan dalam mana-mana temuduga yang bakal anda hadapi tidak kira dalam sektor awam mahupun swasta. Secara asasnya, adalah sama.

1)  Menggunakan Telefon Yang Berkualiti

Bagi tips ini, yang penting adalah telefon anda itu tidak mudah 'hang'. Ini kerana ianya adalah antara alat yang penting bagi sesi temuduga online. Murah tidak semestinya tidak baik, tapi pastikan telefon atau smartphone anda tersebut berada dalam keadaan baik. Dirikan telefon menggunakan tripod yang kukuh dan stabil.

2)  Menggunakan Kamera Telefon Yang High Resolution (HD)

Saya pastikan kamera telefon saya berada dalam yang sangat baik supaya panel dapat melihat saya dengan jelas. Anda bayangkan jika anda menggunakan kamera yang berkualiti rendah, kemungkinan besar untuk panel temuduga tidak dapat melihat anda dengan jelas adalah tinggi.

Kalau interview anda menggunakan laptop atau komputer, pastikan juga kualiti webcam dalam keadaan baik. At least panel temuduga dapat lihat kita dengan jelas terutamanya rauk wajah ketika sesi sedang berlangsung

BACAWebcam Terbaik Dengan Harga Bawah RM200


3)  Sambungan Internet Yang Stabil

Jika bercakap berkenaan online, tidak boleh lari daripada sambungan internet. Jadi ianya merupakan perkara yang sangat penting ketika sesi temuduga online supaya ianya dapat berjalan dengan lancar. Tidak semestinya laju, tetapi perlu stabil. Tiada lag ketika sesi sedang berlangsung

4)  Lokasi Yang Sesuai

Lokasi sangat penting semasa sesi temuduga. Kita kena cari lokasi yang tidak bising, kawasan yang terang dan lapang. Cuba anda bayangkan semasa anda sedang di temuduga tiba-tiba ada bunyi hon kereta atau bunyi jiran bergaduh, confirm akan menggangu konsentrasi anda, betul kan?

5)  Menggunakan Mini Microphone Atau Wireless Earphone

Saya membeli mini microphone untuk pastikan suara saya dapat didengari dengan jelas oleh panel temuduga. Mini microphone ini sangat penting pada saya kerana apabila suara kita tidak jelas ia akan menganggu tumpuan panel temuduga.

Menggunakan Mini Microphone Atau Wireless Earphone

Saya juga menggunakan wireless earphone supaya dapat mendengar soalan yang dikemukan oleh penemuduga dengan jelas dan lebih fleksibel untuk memposisikan kedudukan saya lebih selesa dari jarak telefon pintar yang digunakan.

Sebagai cadangan, anda boleh beli Boya Micrphone atau Logitech Headset di Shopee. alert-info

6)  Positi Badan Yang Sesuai, Selesa Dan Menarik

Saya letakkan kamera telefon agak jauh sedikit agar panel temuduga dapat melihat saya dengan jelas sekurang -kurangnya dari paras perut hingga kepala.

Walaubagaimanapun, saya memilih posisi penuh badan (dari kepala hingga hujung kaki) untuk dilihat dan dinilai oleh penemuduga sekaligus menunjukkan keseriusan dan kesediaan saya untuk ditemuduga. Mini Microphone yang saya beli sangat memudahkan walaupun kedudukan telefon pintar agak jauh.

Positi Badan Yang Sesuai, Selesa Dan Menarik

7)  Berpakaian Lengkap Seperti Temuduga Sebenar

Tips seterusnya adalah berpakaian lengkap dari atas hingga bawah dan memastikan memilih rona warna tidak lebih dari 3 warna termasuk warna baju kemeja, blazer, tali leher, seluar, stokin dan kasut. Bagi calon lelaki, elakkan memakai baju kemeja berwarna gelap dan bercorak. Dan bagi calon perempuan elakkan memakai baju bercorak bunga besar,dan perhiasan yang sarat. simple but nice.

Dapatkan Buku Panduan dan Tips Temuduga SPA bersama cara pemakaian ketika menghadapi sesi temuduga. alert-info

8)  Hujahan Jawapan Yang Kemas, Padat Dan Berkeyakinan Tinggi

Setiap hujahan jawapan perlulah padat dan kemas. Pastikan anda membuat preparation awal dan menyemak latar belakang majikan anda secara terperinci. Selain itu, anda juga boleh menyediakan sekurang- kurangnya 50 soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga beserta jawapan yang tepat dan padat.

Lakukan latihan bersama orang yang terdekat atau dihadapan cermin berulang kali. Persediaan awal ini akan meningkatkan lagi keyakinan anda semasa ditemuduga. Practice make perfect!

9)  Resume Yang Menarik

Resume yang hebat akan menarik perhatian panel temuduga. Maklumat dalam resume pastikan lengkap tapi ringkas. Design terpulang ikut citarasa masing-masing cuma pastikan ia simple dan tidak serabut bila dibaca oleh panel temuduga.

Resume Yang Menarik

Tips ini adalah yang mula-mula anda perlu cakna dan ambil berat. Jika berjaya, barulah boleh ke peringkat seterusnya sehingga ke sesi temuduga sama ada bersemuka atau secara online seperti ini.

10)  Doa Dari ibu Bapa & Tawakal

Saya bukan siapa-siapa kalau bukan kerana berkat doa dari ibubapa saya. Memandangkan saya tinggal berjauhan dari mak dan abah, hampir setiap hari saya menelefon mereka untuk berdoa dan solat hajat kepada Allah semoga urusan saya dipermudahkan.

Saya sangat beruntung kerana di doakan oleh 2 mak dan 2 abah dikampung (ibubapa kandung dan mentua). Mereka sangat-sangat supportive dan sentiasa berada dibelakang saya ketika saya dibawah dan diatas.

Saya ada 1 prinsip hidup yang saya pegang hingga saat ini iaitu "Usaha kerja kita, Nak Bagi Rezeki kerja Tuhan". Bila kita dah usaha, kita serahkan bulat-bulat pada Tuhan. Insya Allah, hati kita lebih tenang sama ada diterima atau ditolak untuk bekerja.

Doa Dari ibu Bapa & Tawakal

Ini adalah antara tips temuduga secara online bagi sektor awam (SPA) yang mungkin anda boleh ambil sebagai rujukan di masa hadapan.

Anda juga boleh dapatkan rahsia lulus temuduga kerajaan dengan mudah disini. Anda klik sahaja pada gambar dibawah.

Tips Temuduga Online SPA Untuk Tahun 2021


Sumber : Facebook Muhammad Ashraf

Post a Comment

Previous Post Next Post