Cara Tambah (Add-On) Saluran Dan Pek Astro Secara Online

Cara Tambah (Add-On) Saluran Dan Pek Astro Secara Online

Untuk pengguna Astro, anda boleh tambah atau add-on channel, saluran atau pakej Astro yang boleh dibuat secara online sahaja. Jadi cara ini anda boleh buat pada bila-bila masa dimana-mana sahaja. Caranya pun mudah.

Pengguna Astro pada awalnya, mesti subscribe atau melanggan mana-mana tv pakej yang ditawarkan seperti pakej Starter Pack, Value Pack, Super Pack dan banyak lagi. Setiap tv pakej ditawarkan pelbagai pek tersendiri; ada pek filem, sukan, kanak-kanak dan banyak lagi.

Jika anda sudah langgan mana-mana tv pakej, dan tiba-tiba berminat untuk menambah mana-mana pek yang berminat, boleh dilakukan dengan 2 cara yang disediakan oleh Astro iaitu secara online atau tambah melalui channel 200 di Astro.

Cara Tambah (Add-On) Pek Astro Secara Online

Kini pula tengah demam bola sepak iaitu EURO 2020. Jadi kepada pengguna yang tidak mempunyai pek sukan, anda kini boleh add-on pek tersebut dengan tawaran 20% diskaun (untuk masa terhad). Ikuti langkah terbaru dibawah untuk tahun 2021.


Langkah 1 - Pergi ke laman web Astro www.astro.com.my dan login akaun Astro dengan klik pada "Login"

Cara Tambah (Add-On) Pek Astro Secara Online

Langkah 2 - Kemudian masukkan email dan password akaun Astro anda dan klik "Login"

Cara Tambah (Add-On) Pek Astro Secara Online

Langkah 3 - Pergi pada tab My Account > Manage Account

Cara Tambah (Add-On) Pek Astro Secara Online

Langkah 4 - Pada account summary > add-ons dan klik "Manage"

Cara Tambah (Add-On) Pek Astro Secara Online

Langkah 5 - Pilih A-La-Carte dan cari pek yang anda ingin tambah. Seperti contoh Sport Package dan klik "Buy"

Cara Tambah (Add-On) Pek Astro Secara Online

Langkah 6 - Akhir sekali akan dipaparkan harga pek tersebut (Starter Pack + Sport Package hanya tambah RM33 sahaja). Jika berminat, terus klik "Confirm"

Cara Tambah (Add-On) Pek Astro Secara Online

Selepas 15 minit, anda boleh mula tonton pakej yang anda telah tambah tersebut.

Jika tidak berjaya, atau ingin ketahui maklumat lanjut, boleh sahaja hubungi pihak Astro

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments