Keputusan STPM 2020 Diumumkan Pada 1 Julai. Ini Cara Buat Semakan!

Keputusan STPM 2020 Diumumkan Pada 1 Julai. Ini Cara Buat Semakan!

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan dimana keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 akan diumumkan pada 1 Julai 2021 (Khamis) mulai jam 12.00 tengah hari.

Sama seperti hebahan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020 sebelum ini dimana tiada pengumuman dibuat di sekolah, sebaliknya semakan boleh dibuat secara online dan sms.


Cara Semak Keputusan STPM 2020 Secara Online

Calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan, Swasta, persendirian individu boleh mendapatkan keptusan STPM 2020 masing-masing melalui beberapa keadah yang disediakan.

Calon boleh buat semakan keputusan penuh (slip keputusan) secara dalam talian (online) melalui pautan di stpm.mpm.edu.my/stpmK pada 1 Julai 2021 (Khamis) mulai jam 12.00 tengah hari.

Selain itu, calon STPM juga boleh buat semakan melalui perkhidmatan SMS ringkasan keputusan dengan menaip STPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886 pada 1 Julai 2021 mulai jam 11.00 pagi sehingga 9 Julai 2021 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari.

Bagi calon yang membekalkan alamat emel ke MPM, keputusan calon akan dihantar terus ke alamat emel tersebut pada 1 Julai 2021 mulai jam 11.00 pagi.

Keputusan STPM 2020 Diumumkan Pada 1 Julai. Ini Cara Buat Semakan!

Manakala bagi mana-mana calon yang tidak mempunyai capaian internet, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau pihak sekolah akan mengenalpasti calon tersebut dan akan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk calon mendapatkan keptusan peperiksaan.

Post a Comment

Previous Post Next Post