Resepi Solok Lada Kelantan Mudah Dan Sedap

Resepi Solok Lada Kelantan Mudah Dan Sedap

Juadah Solok Lada merupakan makanan tradisi yang terkenal di negeri Kelantan. Ianya dibuat mesti menggunaakn lada hijau besar muda yang turut dipanggil lada solok. Jadi ini ada resepi Solok Lada untuk anda cuba sendiri di rumah yang boleh disediakan dengan mudah sahaja.

Secara asasnya, Solok Lada akan menggunakan lada hijau dan diisi dengan isi ikan rebus. Akan tetapi lada besar tersebut boleh juga digantika dengan petola atau terung yang telah dibuang isinya terlebih dahulu.

Bagi membuatkan isi ikan tersebut melekat, mesti digunakan campuran telur dengan isi kelapa bersama bahan-bahan lain juga. Jadi jom kita tengok cara masak bersama resepi Solok Lada Kelantan yang anda boleh cuba.

Resepi Solok Lada Makanan Tradisi Orang Kelantan

Boleh menggunakan saiz lada yang besar supaya lebih banyak isi ikan yang boleh diisi di dalamnya.

Bahan-Bahan

  • Kelapa parut (kelapa yang muda sikit)
  • Ikan (kembung, selayang)
  • Lada besar (hijau)
  • Bawang merah
  • Santan
  • Garam dan gula
  • Halia
  • Telur

Cara Memasak

1)  Belah lada besar memanjang dan buang biji. (ketepikan)

2)  Tumbuk bawang merah, halia, ikan mentah yang dah dibuang tulang dan juga kelapa parut.

3)  Gaul kesemua inti dengan telur sebagai gam.

4)  Kemudian perasakan dengan garam dan gula.

5)  Sumbatkan inti ke dalam lada.

6)  Akhir sekali, rebus solok lada dengan santan (cukup sekadar melitupi sebahagian solok lada).

7)  Sedia untuk dihidangkan


Selamat mencuba...

sumber : instagram awanisnasran

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments