Selangor Benarkan Majlis Akad Nikah Bermula 1 Julai Ini

Selangor Benarkan Majlis Akad Nikah Bermula 1 Julai Ini

Melalui perkongsian yang dibuat di laman sosial media facebook, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan pelaksanaan Majlis Akad Nikah bagi negeri Selangor secara bersemuka bermula 1 Julai 2021.

Sebelum ini JAIS memaklumkan dan telah membuat ketetapan bahawa pelaksanaan upacara akad nikah dalam apa juga bentu dan cara adalah ditangguhkan mulai 1 Jun hingga 30 Jun 2021 berikutan pelaksanaan PKP Penuh di seluruh Malaysia.

Akan tetapi terdapat beberapa syarat dan keperluan yang perlu dipenuhi sebelum majlis tersebut diadakan. Majlis secara kehadiran fizikal hanya di adakan di JAIS dan Pejabat Agama Islam Daearah (PAID) sahaja dari hari Isnin hingga Ahad.

Sebelum majlis diadakan, bakal pengantin sudahpun telah mendapat tarikh temujanji bagi majlis akad nikah dariapda JAIS dan PAID. Manakala kehadiran hanya terhad kepada pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali. Individu lain tidak dibenarkan hadir termasuklah jurugambar.

Lain-lain ketetapan adalah seperti berikut: Telah mendapat kebenaran Berkahwin sebelum 1 Jun 2021 & keputusan Ujian Saringan HIV lelaki serta perempuan masih sah. 

Selain itu, pengantin lelaki dan perempuan dan wali WAJIB menjalani ujian RT-PCR COVID-19 dalam tempoh 72 jam (3 hari) dari waktu pelaksanaan majlis dan perlu mengemukakan keputusan ujian kepada Pendaftar sebelum majsli dilaksanakan.

Perlu Patuhi SOP Sepanjang Tempoh Majlis Pernikahan Berlaku

Pihak-pihak terlibat WAJIB mematuhi ketetapan semasa MKN, KKM dan Kerajaan Negeri Selangor berkaitan langkah-langkah keselamatan. Jika terdapat pelanggaran, acara boleh ditangguhkan atau dibatalkan.

Tindakan sewajarnya akan diambil jika terdapat mana-mana individu atau pihak yang didapati gagal mematuhi SOP dan peraturan yang telah ditetapkan


sumber : Jabatan Agama Islam Selangor

Post a Comment

Previous Post Next Post