Saksikan Ceria Popstar 2021 Di Astro Ceria

Saksikan Ceria Popstar 2021 Bermula 9 Jun Ini

Jangan lupa, bermula 9 Jun ini, program Ceria Popstar 2021 akan mula bersiaran bagi mencari juara bagi musim terbaru, musim ke-5. Kali ini pastinya berlainan kerana perlu mematuhi segala SOP dan akan diadakan dalam norma baharu.

Ceria Popstar kembali untuk musim 5 selepas kali terakhir bersiaran pada 2016 yang lalu iaitu kira-kira 5 tahun yang lepas. Kali ini pastinya peserta-peserta akan lebih bersemangat bagi meraih gelaran juara Ceria Popstar 2021.

Sebuah program realiti televisyen yang mencari dan mencungkil bakat adik-adik sekitar 10 ke 15 tahun dalam bidang nyanyian. Mereka juga bakal mewarisi dan menjadi pelapis bagi industri tanah air pada masa akan datang

BACA : Barisan 10 Peserta Ceria Popstar 2021

Tahun ini juga berlaku beberapa perubahan. Jika musim-musim sebelum ini, Nabil Ahmad bertanggungjawab sebagai hos kini, beliau berada di barisan juri bersama Dato AC Mizal, Elly Mazlein dan Ernie Zakri. Manakala hos program kali ini akan diambil oleh Danial Zaini dan Shiha Zikir. 4 juri tetap bersama juri jemputan mewakili 50% markah dan 50% markah lagi daripada undian orang ramai.

Bukan itu sahaja, barisan tenaga pengajar juga kali ini sudah lain. Ada 3 cikgu yang bertanggungjawab melatih peserta-peserta ini bagi menghadapi konsert setiap minggu iaitu cikgu Hael Husaini, Noryn Aziz dan Mimifly.

Program Ceria Popstar 2021

Jadi siapakah peserta yang akan menjuarai Ceria Popstar 2021 kali ini? Untuk ketahui, jangan lupa saksikan Ceria Popstar 2021 setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di Astro Ceria bermula 9 Jun ini. Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go.

Untuk makluman, Promo dan program Ceria Popstar 2021 telah dirakam ketika PKP dilaksanakan. SOP PKP telah dipatuhi dan penjarakan fizikal tetap dijaga untuk keselamatan semua

Post a Comment

Previous Post Next Post