Premis Kedai Makan & Restoren Dibenarkan Beroperasi Sehingga 10 Malam

Premis Kedai Makan & Restoren Dibenarkan Beroperasi Sehingga 10 Malam

Akhirnya selepas hampir sebulan PKP Penuh dalam Fasa 1 ini, Kerajaan bersetuju untuk menukar waktu operasi premis kedai makan dan restoren yang menjual makanan iaitu bermula jam 6.00 pagi hingga 10 malam berkuatkuasa 28 Jun 2021.

Sebelum ini, operasi melibatkan premius kedai makan dan restoren ini hanya dibenarkan bermula jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam. Kini ianya dibenarkan beroperasi bermula 2 jam lebih awal dan tutup 2 jam lebih lewat.

Keputusan pada awalnya dibuat berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh atau 'Total Lockdown' yang diperkenalkan bermula 1 Jun yang lalu. Dalam tempoh ini pelbagai aktiviti sosial tidak dibenarkan termasuk juga beberapa sektor perindustrian terpaksa ditutup

Walaubagaimanapun, kelonggaran waktu operasi ini tidak melibatkan aktiviti lain. Jadi hanya bungkus, pandu-lalu dan penghantaran sahaja dibenarkan di kedai makan. Tiada aktiviti makan di kedai atau dine-in dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk Fasa 1 ini.

Ini pastinya memberi sedikit kelegaan kepada rakyat Malaysia khususnya bagi mereka yang bekerja di awal pagi dan pulang pulang pada waktu malam. Mereka kini tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat pesanan makanan seperti sebelum ini.


sumber : MKN

Post a Comment

Previous Post Next Post