Jadual Perlawanan English Premier League (EPL) Untuk Musim Baru 2021/2022

Jadual Perlawanan English Premier League (EPL) Untuk Musim Baru 2021/2022

Kini secara rasmi, jadual perlawanan bagi English Premier League (EPL) bagi musim baru 2021/2022 telah dikeluarkan dan anda boleh dapatkan bagi untuk semua 380 perlawanan.

EPL 2021/22 akan bermula pada 13 Ogos 2021 atau 14 Ogos 2021 untuk waktu Malaysia sehingga 22 Mei 2022. Walaubagaimanapun, jadual perlawanan ini mungkin berubah dari semasa ke semasa.

Untuk permulaan musim, penyandang juara EPL, Manchester City akan bertemu Tottenham Hotspur manakala naib juara, Manchester United akan bertemu Leeds United di Old Trafford.

Sementara itu, pendatang baru, Norwich City akan melayan kunjungan Liverpool bagi aksi sulung mereka pada 14 Ogos tersebut. Bagi perlawanan awal yang lain, Brentfold akan melayan kunjungan Arsenal, Chelsea akan bertemu Crystal Palace dan Leicester akan melawan Wolves di King Power.

Jadual Perlawanan EPL Musim 2021/2022

Jadi sepanjang musim terbaru ini, supaya tidak terlepas dengan setiap perlawanan EPL, anda boleh dapatkan jadual perlawan penuh di premierleague.com atau anda boleh tetapkan jadual bagi setiap perlawanan atau pasukan kegemaran anda bersama kalenda di smartphone atau desktop menerusi pl.ecal.com

JADUAL PENUH EPL/link/button

Jadi jangan lupa, bermula 14 Ogos ini, saksikan perlawanan pertama English Premier League menerusi Stadium Astro. Anda boleh langgan Sport Pack untuk saksikan kesemua perlawanan secara langsung terus di kaca tv anda.

jadual minggu pertama epl 2021/22

Siapakah yang akan menjadi juara EPL untuk musim terbaru ini? Tinggalkan komen dibawah


sumber : premierleague.com

Post a Comment

Previous Post Next Post