Cara Semak Keputusan STAM 2020 Secara Online

Cara Semak Keputusan STAM 2020 Secara Online

Kini calon STAM boleh semak keputusan bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) secara online. Keputusan kali ini adalah bagi calon STAM 2020 yang telah menduduki peperiksaan pada Februari yang lalu.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan dimana keputusan STAM 2020 akan diumumkan pada 17 Jun 2021 (Khamis) mulai pukul 10.00 pagi seperti waktu SPM 2020 pada minggu lalu.

Kebiasaanya, calon STAM peroleh keputusan peperiksaan mereka melalui sekolah atau tempat pengajian mereka. Jadi mereka perlu hadir sendiri untuk ketahui keputusan.

Tetapi disebabkan penutupan sekolah dan institusi pengajian tinggi disebabkan PKP, pengumuman daripada pihak sekolah tidak dibenarkan. Jadi pihak KPM telah sediakan perkhidmatan semakan secara online.


Cara Semak Keputusan STAM 2020 Secara Online dan SMS

Selain daripada semakan secara online, calon STAM juga boleh semak menggunakan perkhidmatan SMS tetapi hanya bagi mendapatkan ringkasan keputusan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Jadi calon STAM, anda bolhe buat semakan keputusan STAM melalui kaedah berikut:

  • Boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui pautan berikut:
  • Menerusi perkhidmatan SMS dengan cara: STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886

Semua perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai 10.00 pagi pada 17 Jun 2021 dan akan ditamatkan pada pukul 6.00 petang pada 23 Jun 2021.

Sekiranya, bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenalpasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Manakala untuk calon persendirian yang juga tidak mempunyai capaian internet, pihak JPN atau PPD yang akan mengenalpasti calon dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk buat semakan keputusan STAM 2020.

Semoga berjaya kepada calon STAM 2020 dengan peroleh keputusan yang terbaik untuk tahun yang mencabar ini


Post a Comment

Previous Post Next Post