Saksikan Drama Masih Ada Rindu Di Slot Akasia TV3 Dan WeTV Malaysia

Drama Masih Ada Rindu Di Slot Akasia TV

Slot Akasia kali ini akan disikan oleh drama Masih Ada Rindu yang menggantikan drama Sabarlah Duhai Hati yang akan bermula pada 2 Jun 2021 di TV3 dan juga secara streaming melalui aplikasi WeTV Malaysia.

Drama Masih Ada Rindu merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama 'Masih Ada Rindu' karya Mimie Afinie pada tahun 2004. Untuk makluman, penulis novel tersebut akan mengeluarkan novel edisi kemas kini secara pre-order dengan layari www.karangkrafmall.com atau melalui Shopee Karangkraf atau WhatsApp no : 0192297227

Sinopsis Drama Masih Ada Rindu

Drama Masih Ada Rindu mengisahkan Syafika yang dibuang oleh ibunya kerana ingin mengahwini Hakim. Mujurlah keluarga mertua melayan dia dengan baik. Bersama Hakim, dia merasa erti bahagia yang sebenar-benarnya.

Namun jodoh mereka tidak panjang. Saat sedang mengecap manisnya bulan madu, Hakim menemui ajalnya. Detik yang sepatutnya merakam memori terindah, menjadi kenangan terpilu buat Syafika.

Pemergian mengejut Hakim sangat memberi kesan kepada Syafika. Terasa separuh jiwanya ikut pergi bersama suami tercinta. Sukar sungguh untuk terima hakikat bahawa Hakim sudah tiada. Tetapi dia sedar, itu adalah ujian buat dia. Sesukar mana pun, hidup perlu diteruskan.

Drama Masih Ada Rindu Di Slot Akasia TV

Kemudian Syafika mengahwini Hadi. Saat menerima lamaran Hadi, hatinya berbelah bahagi. Antara cinta dan rindu yang masih ada buat Hakim dan rasa kasih yang mula hadir untuk Hadi. Akhirnya dia pilih untuk terima. Mudah-mudahan kehadiran lelaki itu akan mengisi ruang kosong yang Hakim tinggalkan.

Baru hati nak belajar bahagia semula, sesuatu terjadi. Sesuatu yang menyebabkan Syafika hilang percaya dan nekad untuk meninggalkan Hadi. Satu yang dia sedar, Hadi tidak sama seperti Hakim dan mungkin sampai bila-bila pun ianya akan kekal begitu.

OS Drama

Lagu bertaju Nada Kalbu daripada penyanyi Ainaa Abdul

Barisan Pelakon

Drama ini dibarisi pelakon hebat seperti Farid Kamil, Mimi Lana, Halim Radzi, Dayang Areeda, Rahim Jailani, Aleza Shadan, Fahmi Reza, Aishah Ilias, Kuna Muzani, Sri Idrina dan ramai lagi.

Drama Masih Ada Rindu Di Slot Akasia TV3 Dan WeTV Malaysia

Produksi Dan Pengarah

Masih Ada Rindu merupakan drama terbitan Nuansa Film Production dan arahan daripada pengarah Osman Ali. Manakala skripnya pula ditulis oleh Nazam Anas.

Waktu Tayangan

Jangan lupa untuk saksikan drama Masih Ada Rindu untuk 16 episod pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3 mulai 2 Jun ini. Jika terlepas, anda juga boleh tonton secara streaming melalui aplikasi WeTV Malaysia atau di website www.wetv.vip/en pada jam 8.00 malam sejurus selepas habis tayangan di tv

Tonton Semua Episod Drama Masih Ada Rindu

Masih Ada Rindu EPISOD 1

Masih Ada Rindu EPISOD 2

Masih Ada Rindu EPISOD 3

Masih Ada Rindu EPISOD 4

Masih Ada Rindu EPISOD 5

Masih Ada Rindu EPISOD 6

Masih Ada Rindu EPISOD 7

Masih Ada Rindu EPISOD 8

Masih Ada Rindu EPISOD 9

Masih Ada Rindu EPISOD 10

Masih Ada Rindu EPISOD 11

Masih Ada Rindu EPISOD 12

Masih Ada Rindu EPISOD 13

Masih Ada Rindu EPISOD 14

Masih Ada Rindu EPISOD 15 

Masih Ada Rindu EPISOD 16 (Akhir)

Post a Comment

Previous Post Next Post