Saksikan Drama Sabarlah Duhai Hati Di TV3 (Slot Akasia)

Drama Sabarlah Duhai Hati Di TV3 (Slot Akasia)

Kali ini, drama Sabarlah Duhai Hati akan mengisi slot Akasia daripada drama Tak Sempurna Mencintaimu sebelum ini yang akan mula ditayangkan pada 28 April di TV3 dan aplikasi iQIYI Malaysia.

Drama ini merupakan drama adaptasi novel dengan tajuk 'Sabarlah Duhai Hati' karya Mimie Afinie yang diterbitkan pada tahun 2015. Kini selepas beberapa tahun, barulah ianya diterbitkan ke dunia drama untuk tontonan orang ramai.

Sinopsi Drama Sabarlah Duhai Hati

Drama Sabarlah Duhai Hati mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nur Syafira (Amyra Rosli) di mana setelah kehilangan kedua-dua ibu bapanya, Nur Syafira bertanggungjawab menjaga adik kecilnya, Danish yang sebelum ini sangat dibencinya.

Drama Sabarlah Duhai Hati Di TV3 (Slot Akasia)

Bagi mengelak rancangan Opah, Affan (Saharul Ridzwan) telah memilih Fira untuk dijadikan isteri. Mereka rapat semasa kecil, tetapi kisah lama yang memalukan membuatkan Fira cuba untuk mengelak bertentang mata dengan Affan.

Drama Sabarlah Duhai Hati Di TV3 (Slot Akasia)

Perkahwinan Affan dan Fira mendapat tentangan dari Nadia, sepupu Affan yang hendak dijodohkan Opah dengan Affan.

Rumahtangga mereka sentiasa diuji sehinggakan Fira menghilangkan diri. Adakah Affan mencari Fira? Atau membiarkan dia pergi dan berkahwin dengan wanita pilihan opahnya?

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama ini alah Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Puteri Sarah dan Iman Suhana. Serta dibantu oleh Aiman Badrul, Datin Fadilah Mansor, Emelda Rosemila dan ramai lagi.

Drama Sabarlah Duhai Hati Di TV3 (Slot Akasia)

Produksi Dan Pengarah

Drama Sabarlah Duhai Hati merupakan terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. serta diarahkan oleh sutradara Pali Yahya. Manakala skrip ditulis oleh Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris dan Dayang Kartinah.

Drama Sabarlah Duhai Hati Di TV3 (Slot Akasia)

Waktu Siaran

Drama ini akan ditayangkan sebanyak 35 episod setiap hari (Isnin hingga Ahad) jam 7.00 malam melalui slot Akasia di TV3 mula 28 April ini. Jika terlepas, anda boleh tonton semula mulai jam 8 malam di aplikasi iQIYI Malaysia atau di laman web www.iq.com secara percuma.

Anda juga boleh langgan iQIYI serendah RM1.90 sebulan untuk dapatkan pelbagai lagi akses kandungan drama melayu tempatan yang lain.


Tonton Drama Sabarlah Duhai Hati (Full Episod)

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4

Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8

Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16

Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20

Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24

Episod 25 | Episod 26 | Episod 27 | Episod 28

Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32

Episod 33 | Episod 34 | Episod 35 (Akhir)


Post a Comment

Previous Post Next Post