Cara Beli Baucer Free Shipping Shopee Serendah RM3 Sahaja

Cara Beli Baucer Free Shipping Shopee Serendah RM3 Sahaja

Tahukah anda, jika baucer Free Shipping Shopee dah habis, sebenarnya anda boleh beli baucer tersebut untuk tempoh terhad dengan harga serendah RM3 sahaja. Ikuti langkah dan cara pembelian disini.

Siapa je tak tahu kan platform e-dagang terbesar dan paling terkenal di Malaysia iaitu Shopee. Mungkin kita tidak sedar, setiap hari kita akan buka aplikasi Shopee walaupun tidak membeli tetapi cuba untuk cuci mata atau add to cart atau mungkin juga tanpa sedari membuat pembelian.

Selain daripada pelbagai jenis barangan disediakan serta mudah digunakan, orang ramai suka akan Shopee kerana adanya Free Shipping Voucher. Dengan ini, anda boleh membeli barangan yang anda mahu tanpa memikirkan kos penghantaran.

Jadi setiap hari, anda akan cuba dan tebus baucer Free Shipping untuk digunakan ketika membuat pembayaran. Tetapi anda kena tahu, baucer ini adalah terhad mengikut sesi, jadi jika anda lambat tebus, ianya akan habis dan pastinya tiada baucer untuk anda sehinggalah ditawarkan kemudian di lain hari.

Tapi jangan risau, sebenarnya kini Shopee ada menjual baucer Free Shipping tersebut dengan harga berpatutan. Anda tidak perlu risau lagi untuk tidak sempat tebus.

Free Shipping Voucher Shopee

Anda boleh beli dengan harga RM3 sahaja dan boleh digunakan selepas membuat pembelian iaitu bermula 17 - 30 Jun 2021. Setiap pengguna Shopee hanya dibenarkan membeli 1 pass sahaja. 1 pass tersebut mengandungi; 2 free shipping vaucher dan cash voucher.

Syarat penggunaan baucher free shipping:

  • Baucer hanya valid untuk barang yang mengandungi tag "Free Shipping Min RM15"
  • Pembelian mestilah tidak kurang RM15
  • Bayaran menggunakan ShopeePay sahaja

Boleh dapatkan info lanjut di Shopee Savings Pass

Cara Beli Baucer Free Shipping Shopee

1)  Pergi ka aplikasi Shopee dan cari Shopee Savings Pass

2)  Kemudian klik pada "Get In Now"

3)  Sekali lagi tekan butang "GET IN NOW!"

4)  Akhir sekali, buat pembayaran seperti biasa dengan harga RM3.00 sahaja

Cara Beli Baucer Free Shipping Shopee Serendah RM3 Sahaja

Enjoy shopping...

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments