Cara Semak Keputusan SPM 2020 Secara Online

semak keputusan spm 2020

Buat pertama kali dalam sejarah calon SPM boleh semak keputusan bagi peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) secara online. Keputusan kali ini adalah bagi calon SPM 2020 yang telah menduduki peperiksaan pada April yang lalu.

Sebelum ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan dimana keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 akan diumumkan pada 10 Jun 2021 (Khamis) mulai pukul 10.00 pagi.

Kebiasaanya, calon SPM peroleh keputusan peperiksaan mereka adalah melalui sekolah. Mereka perlu hadir ke sekolah untuk ketahui keputusan penuh. Tetapi disebabkan penutupan sekolah sehingga kini disebabkan pandemik, pengumuman daripada pihak sekolah tidak dibenarkan. Jadi sebab itu pihak KPM telah menyediakan perkhidmatan semak secara online.

Cara Semak Keputusan SPM 2020 Secara Online

Selain daripada semakan secara online, calon SPM juga boleh menggunakan perkhidmatan SMS yang digunapakai bagi mendapatkan ringkasan keputusan seperti tahun sudah. Jadi calon sekolah  dan calon persendirian, anda boleh buat semakan keputusan SPM melalui kaedah berikut:

  • Dapatkan keputusan penuh secara dalam talian (online) di pautan berikut bermula 10 pagi pada 10 Jun 2021:
  • Menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasa keputusan SPM 2020 dengan cara; SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886. Ianya akan diaktifkan bermula 10 pagi pada 10 Jun 2021 hingga 6 petang pada 17 Jun 2021.

Sekiranya, untuk calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenalpasti calon dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan. 

Manakala untuk calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang akan mengenalpasti calon dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk buat semakan keputusan SPM 2020.

Semoga berjaya kepada calon SPM 2020 dengan peroleh keputusan yang terbaik untuk tahun yang mencabar ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post