Semua Panggung Wayang Ditutup Berkuatkuasa Hari Ini, 10 Mei

Semua Panggung Wayang Henti Operasi Bermula Hari Ini, 10 Mei

Dengan tidak semena-mena semua panggung wayang terpaksa tutup sementara atau henti operasi bermula 10 Mei 2021 berikutan aktiviti ini termasuk di dalam 'Negative List' bagi SOP di seluruh kawasan PKP, PKPB dan PKPP. 

Ini bermakna tiada panggung wayang yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh yang ditetapkan dari 10 Mei hingga 6 Jun 2021 bagi kawasan PKPB dan PKPP. Manakala bagi kawasan PKP adalah sehingga tamat tempoh, kerana beberapa kawasan ini adalah berbeza tempoh kuatkuasa yang dikenakan.


Semua Panggung Wayang Ditutup

Makluman ini juga dikongsikan oleh pihak GSCinemas di laman facebook dan twitter rasmi mereka. Mengikut SOP terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negera (MKN), panggung wayang berada di dalam 'Negative List' bagi negeri atau kawasan PKPB dan PKPP.

Oleh itu, semua panggung wayang di Malaysia tidak dibenarkan beroperasi bagi semua kawasan PKP, PKPB dan PKPP berkuat kuasa hari ini, 10 Mei 20201.

Dengan itu juga, tiada tayangan dibuat sepanjang tempoh penutupan ini berlangsung. Pihak GSC juga meminta maaf kepada semua peminat filem atas perkara ini. 

Hari Raya Ke-5 tak boleh la tengok wayang filem hindustan seperti yang dikatakan oleh Senario dalam lagu raya Seminggu Berhari Raya 😔

Jika dilihat senarai aktiviti yang tidak dibenarkan (negative list), panggung wayang berada dalam kategori aktiviti ekonomi. Jadi selain panggung wayang, SPA, refleksologi, pusat urut dan perkhidmatan pedicure dan manicure juga tidak dibenarkan beroperasi.

Post a Comment

Previous Post Next Post