10 Tips Untuk Kekal Lakukan Aktiviti Senaman Dan Cergas Di Bulan Ramadan

10 Tips Untuk Kekal Lakukan Aktiviti Senaman Dan Cergas Di Bulan Ramadan

Tips kekal cergas dan terus lakukan aktiviti senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja terutamanya waktu bulan Ramadan. Jangan dijadikan alasan semata-mata kerana berpuasa. Puasa pun perlu cergas tapi mesti kena dengan cari

Ini kerana kebiasaanya, kita bimbang untuk melakukan aktiviti senaman ketika berpuasa kerana khuatir untuk menjadikan badan kita lemah kerana tiada tenaga dan juga berlaku dehidrasi atau kurang air. Ye la kan, masa puasa tak makan dan tak minum.

Tips Untuk Kekal Cergas Sepanjang Ramadan

Berikut adalah beberapa perkara atau tips yang anda boleh amalkan supaya anda tetap bersemangat untuk lakukan senama walaupun dalam keadaan berpuasa.

1. Senaman Ringan

Keadaan badan anda semasa berpuasa agak berbeza dari hari biasa. Jadi, anda boleh memilih senaman ringan dan tidak terlalu banyak mengeluarkan tenaga.

Antara senaman yang boleh anda lakukan semasa bulan Ramadan seperti jogging, yoga, berenang, push up, sit up, berjalan di atas treadmill dan banyak lagi.

Jika anda memaksa diri untuk melakukan senaman berat, tenaga anda akan berkurangan dan anda akan menjadi lebih cepat penat.

2. Tahu Tujuan Anda Bersenam

Anda perlu tahu tujuan anda bersenam. Jika anda melakukan senaman untuk menurunkan berat badan, banyak tenaga dikurangkan dan membahayakan system pertahanan badan. Jadi, lebih baik di bulan Ramadan anda tumpukan kepada kecergasan sahaja

3. Elakkan Dehidrasi

Anda boleh mencegah dehidrasi atau kehilangan air dengan minum air putih yang banyak semasa bersahur. Keperluan air dalam badan sama seperti minum 8 gelas sehari. Minumlah 2 gelas air selepas 10 minit anda bersahur agar tidak mengalami dehidrasi dan mampu bersenam ketika berpuasa.

Elakkan Dehidrasi

4. Manfaatkan Masa

Biasanya masa bekerja di pejabat akan dikurangkan apabila waktu Ramadan. Jadi anda boleh manfaatkan masa ini dengan senaman ringan yang boleh membakar kalori ketika pulang daripada pejabat. Boleh lakukan jogging santai.

5. Hanya 1-2 Jam

Selain waktu kerja yang dikurangkan, anda boleh melakukan senaman 1-2 jam sebelum berbuka. Ini membantu anda agar tidak terlalu lama menunggu masa untuk mendapatkan Kembali cecair yang hilang dalam badan

6. Latihan Dengan Tepat

Pilihan waktu yang baik ini amat penting agar tidak mempengaruhi puasa anda. Mungkin sebelum berbuka puasa adalah waktu terbaik untuk anda bersenam dan membakar kalori tanpa menyebabkan rasa penat

7. Lakukan Secara Teratur Dan Konsisten

Anda boleh lakukan senaman secara rutin tetapi dikurangkan daripada biasa. Contohnya, senama sebanyak 3 kali seminggu dalam masa 2 jam. Mungkin anda boleh kurangkan kepada 30 minit atau masa yang diperlukan

Dengan melakukan secara konsisten, ia dapat membantu anda mempertahankan tingkat kecergasan dan mudah untuk anda Kembali kepada rutin biasa selepas Ramadan berakhir

8. Bersenam Dengan Bijak

Tidak semestinya anda perlu ke gym atau padang. Lakukan senama ringan tapi efektif. Senaman dengan cara yang bijak dan mengetahui kemampuan diri dapat mengelakkan anda daripada cepat penat dan jatuh sakit.

9. Gabungkan Latihan Kardio & Rintangan

Tentu menyukarkan anda untuk mendapatkan tenaga dan waktu dengan kedua-dua senaman ini ketika di bulan Ramadan. Walaubagaimanapun, rangkaian latihan yang bersiri dari 3-6 latihan yang dilakukan dengan cepat boleh membangunkan otot dan meningkatkan daya ketahanan kardiovaskular dalam satu latihan

Beberapa siri latihan yang boleh anda lakukan di rumah seperti:

  • 10-15 kali push up
  • 10-15 kali squat
  • 1 minit - jalan setempat
  • 10-15 kali bench dips
  • 10-15 kali lunges
  • 1 minit jogging setempat

Siri latihan ini boleh diulang 2-3 kali atau boleh dilakukan selama 30 minit berturut-turut atau lebih

10. Banyakkan Mengambil Sayur-Sayuran Dan Buah-Buahan

Sepanjang anda berpuasa, jangan terlalu banyak mengambil makanan berlemak, tinggi garam atau gula. Imbangkan makanan anda dengan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia akan memberikan tenaga lebih banyak dan tahan lama.

10 Tips Untuk Kekal Lakukan Aktiviti Senaman Dan Cergas Di Bulan Ramadan

Cubalah tips ini semasa anda berpuasa supaya badan lebih aktfi dan cergas sepanjang Ramadan.

Post a Comment

Previous Post Next Post