Polis Memanggil Neelofa Untuk Beri Keterangan Berikutan Kes Video Tular Rentas Negeri Untuk Beli Karpet

Polis Memanggil Neelofa Untuk Beri Keterangan Berikutan Kes Video Tular Rentas Negeri Untuk Beli Karpet

Polis sudah memutuskan untuk memanggil Neelofa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan berikutan isu gambar dan video yang tular pada 3 Mei yang lalu dikatakan telah melanggar SOP PKPB.

Pelanggaran SOP ini berikutan beliau bersama suaminya telah ke sebuah premis menjual karpet di Pusa Perniagaan Nilai 3, Nilai Negeri Sembilan baru-baru ini.

Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Nilai melalui siaran media yang dikongsikan melalui laman facebook rasmi Polis Daerah Nilai pada hari yang sama video dan gambar itu tular.

Menurutnya lagi, siasatan ini akan dijalankan dibawah undang-undang Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjankit 1988 (Akta 342), Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat)(No.4) 2021 dan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Neelofa Dipanggil Ke IPD Nilai

Justeru itu, Neelofa akan dipanggil ke IPD Nilai, Negeri Sembilan untuk memberi keterangan dalam masa terdekat dan kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwaraya setelah selesai siasatan.

Sebelum ini, beliau dan suami juga pernah di panggil ke Ibu Pejabat Polis untuk beri keterangan berikutan melanggar SOP ketika majlis perkahwinannya dan akhirnya didapati bersalah dan dikompoun sehingga RM60 ribu kesemuanya.


Sumber : IPD Nilai

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments