COVID-19 : Tiada Lagi Zon Hijau Di Semenanjung

Tiada Lagi Zon Hijau Di Semenanjung

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui ciapan terbarunya di laman twitter rasmi memberitahu berkaitan situasi semasa COVID-19, dimana kini tiada lagi zon hijau di semenanjung Malaysia. 

Situasi semasa ini diambil kira bagi daerah-daerah di Malaysia berdasarkan pergerakan 14 hari kes COVID-19 setakat 18 Mei 2021. Ini bermakna, di seluruh semenanjung Malaysia, setiap daerah sama ada berada dalam zon kuning, jingga atau merah sahaja

Mengikuti infografik yang dikongsikan oleh KKM, di Semenanjung Malaysia hanya negeri Perlis sahaja yang tidak mempunyai daerah yang berada di dalam zon merah dengan situasi semasa adalah sebanyak 17 kes iaitu dalam zon kuning.

Untuk petunjuk, zon hijau melibatkan tiada kes jankitan COVID-19, zon kuning melibatkan 1 hingga 20 kes, zon jingga melibatkan 21-140 kes dan bagi zon merah adalah 41 kes atau lebih. 

Walaubagaimanapun, bagi negeri Sabah terdapat 8 daerah yang berada dalam zon hijau, negeri Sarawak hanya 5 daerah zon hijau dan Labuan berada dalam zon merah.

Kekalkan daerah anda berada dalam zon hijau dan kurangkan kes jangkitan bagi setiap daerah dengan patuhi arahan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) dengan duduk di rumah. Jika perlu keluar, pastikan patuhi segala SOP yang ditetapkan seperti kerap mencuci tangan, penjarakan fizikal 1 meter dan sentiasa memakai face mask.


Post a Comment

Previous Post Next Post