Resepi Nasi Hujan Panas Dengan Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Resepi Nasi Hujan Panas Dengan Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Nasi Hujan Panas sememangnya digemari oleh rakyat Malaysia. Ianya boleh disediakan pada bila-bila masa sahaja. Sesuai dimakan ketika waktu tengah hari sekalipun waktu makan malam.

Ianya sesuai dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk tetapi yang paling popular adalah hidangan bersama Ayam Masak Merah dan Acar Timun. Jika ada kombinasi lauk dan nasi ini maka lengkaplah juada Nasi Hujan Panas anda.

Jadi kali ini, dikongsikan resepi untuk anda Nasi Hujan Panas bersama lauk Ayam Masak Merah dan Acar Timun. Anda boleh sediakan untuk keluarga yang tersayang atau untuk juada keramaian seperti majlis rumah terbuka, hidangan hari raya, majlis hari jadi dan sebagainya.

Resepi Nasi Hujan Panas Dengan Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Disenaraikan lengkap bahan yang digunakan serta langkah untuk anda masak Nasi Hujan Panas

Bahan Tumis Nasi Hujan Panas

  • 1 sudu besar minyak sapi
  • Setengah inci halia
  • 1 ulas bawang besar
  • 1 labu bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang serai
  • 2 biji tomato (potong dadu kecil)

Bahan Lain

  • 1 cawan air
  • Setengah cawan susu cair
  • 1 cawan beras basmati (basuh dan toskan)
  • 2 helai daun pandan
  • Pewarna merah, kuning dan hijau

Cara Memasak

1)  Panaskan minyak sapi. Masukkan bahan tumis dan tumis sehingga naik bau

2)  Masukkan air dan susu cair. Tunggu sehingga menggelegak. Masukkan beras dan daun pandan

3)  Apabila sudah masak, titiskan pewarna dan tutup semula periuk selama 5 minit

4)  Buka tudung periuk dan gemburkan nasi tadi

Bahan Ayam Masak Merak

  • Setengah ekor ayam
  • Sedikit garam kunyit

Bahan Kisar

  • 5 biji cili kering
  • 1cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar

Bahan Lain

  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • Setengah cawan sos tomato

Cara Memasak

1)  Bersihkan ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak

2)  Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan tomato dan sos tomato. Tumis lagi sehingga naik minyak

3)  Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Gaul sebati

4)  Biar sekejab kemudian padamkan api

resepi ayam masak merah

Bahan Acar Timun

  • 3 sudu besar cuka makan
  • 2 senduk gula pasir
  • Secubit garam
  • 1 labu bawang besar
  • 2 tangkai cili merah
  • 1 biji timun

Cara Memasak

1)  Masukkan cuka, gula dan garam. Kacau sehingga hancur

2)  Masukkan bawang besar yang dihiris, cili merah yang dihiris halus

3)  Akhir sekali masukkan timun dan sesuaikan

4)  Boleh sediakan nasi hujan panas dan ayam masak merah bersama acar timun


Selamat mencuba...

Post a Comment

Previous Post Next Post