Awesome TV Bawakan Telefilem Mak Adib Pulang (Ohsem Tele)

Telefilem Mak Adib Pulang

Telefilem menarik diteruskan lagi bagi slot Ohsem Tele pada minggu ini. Awesome TV bawakan telefilem Mak Adib Pulang yang akan bersiaran pada 2 Mei 2021. Telefilem yang mengisahkan ikatan kasih sayang antara seorang ibu dan anak.

Telefilem ini merupakan arahan Feroz Kader dengan barisan pelakon seperti adik Umar Dzariff, Nadiya Nisaa, Maria Farida dan ramai lagi. Cerita ini pastinya akan membuatkan anda menitis air mata.

Sinopsis Telefilem Mak Adib Pulang

Cerita ini mengisahkan adik Adib (Ummar Dzariff) seorang anak yatim piatu, diambil oleh sebuah keluarga dan dijadikan anak angkat.

Mak angkatnya cuba sedaya upaya untuk menjadi ibu yang terbaik kepada Adib dengan memberi layanan yang terbaik. Namun, Adib merasakan dia telah mengkhianati ibunya sehingga menyebabkan dia lari balik ke rumah ibu kandungnya, Sofia (Nadiya Nisaa). 

Telefilem Mak Adib Pulang

Setelah kehilangan Adib, mak angkatnya cuba mencari Adib semula tetapi gagal. Apakah kesudahannya? Adakah mak angkatnya berjaya mencari Adib semula? Saksikan telefilem Mak... Adib Pulang di Awesome TV

Pelakon

Telefilem Mak Adib Pulang dibintangi oleh barisan pelakon seperti adik Ummar Dzariff, Nadiya Nisaa, Datin Seri Maria Farida, Azri Iskandar dan ramai lagi.

Telefilem Mak Adib Pulang

Produksi Dan Pengarah

Cerita ini diarahkan oleh Feroz Kader dan penulisan skrip daripada Sofia J. Manakala penerbitan daripada syarikat Country & Universal Sdn. Bhd.

Telefilem Mak Adib Pulang

Waktu Tayangan

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Mak Adib Pulang pada 2 Mei ini, hari Ahad jam 9.00 malam di slot Ohsem Tele di Awesome TV saluran Astro 123 dan MyTV 112. Boleh juga saksikan secara online dan beberapa kandungan lain menerusi laman web Awesome TV di www.awesometv.my

TONTON DISINI/preview/button

Post a Comment

Previous Post Next Post