Resepi Viral 2021, Nasi Ayam Penyet Dan Nasi Ayam Berempah

resepi ayam penyet dan ayam berempah

Sekarang viral dimana-mana pasti ada kedai yang menjual Nasi Ayam Penyet dan juga Nasi Ayam Berempah dalam menu mereka. Mungkin anda nak cuba, anda boleh hasilkan resepi dan versi anda sendiri melalui perkongsian dibawah.

Mungkin dengan resepi Nasi Ayam Penyet dan Nasi Ayam Berempah ini, anda boleh buat sebagai starter untuk anda mulakan perniagaan atau mungkin juga sebagai sekadar hidangan harian untuk keluarga yang tersayang. Terpulang.

Jadi jom kita tengok 2 resepi viral yang anda boleh cuba iaitu resepi Nasi Ayam Penyet dan juga resepi Nasi Ayam Berempah.

Resepi Nasi Ayam Penyet

Resepi Nasi Ayam Penyet

Juadah ini melibatkan ayam penyet, nasi putih dan juga sambal ayam penyet. Saiz hidangan untuk 4-5 orang

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam bersaiz kecil
  • 4 biji bawang merah (kisar)
  • Sedikit halia (kisar)
  • Sedikit lengkuas (kisar)
  • Sedikit kunyit (kisar)
  • 1-2 batang serai (diketuk)
  • 2-3 helai daun salam
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan Salutan Tepung

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh jintan manis (ditumbuk)
  • 1 sudu teh jintan putih (ditumbuk)
  • 1 sudu teh serbuk kunyi
  • Garam secukupnya
  • Kiub pati ayam secukupnya
  • Sedikit lada hitam tumbuk
  • Air secukupnya

Cara Memasak

1)  Kisar bawang merah, bawang putih, sedikit halia, sedikit lengkuas dan sedikit kunyi

2)  Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama serai dan daun salam

3)  Bila dah wangi, masukkan ayam dan tuang air hingga ayam tenggelam

4)  Masukkan garam dan kiub pati ayam. Biar hingga ayam masak sepenuhnya

5)  Untuk menyediakan bancuhan tepung, satukan semua bahan dan kacau sebati

6)  Tuangkan air dan kacau bancuhan biar mendapat tekstur seperti santan pekat

7)  Ambil ayam yang telah ditoskan tadi, celupkan dalam bancuhan tepung dan goreng garing

8)  Bila dah masak, angkat dan lenyekkan menggunakan lesung

9)  Celupkan juga tauhu dan tempe yang dipotong goreng. Goreng hingga garing

10)  Hidangkan ayam penyet bersama nasi putih panas, tempe, tauhu yang digoreng, kubis, kacang panjang dan sambal ayam penyet. Sedia untuk dihidangkan.

Bahan Sambal Ayam Penyet (Ikut cita rasa)

  • Ikan bilis
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Cili merah
  • Tomato
  • Belacan bakar
  • Gula dan garam secukupnya
  • Jus limau nipis secukupnya
  • Sedikit gula melaka

Cara Memasak

1)  Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan

2)  Seterusnya goreng bawang merah hingga layu. Guna minyak sederhana sahaja dan jangan terlalu banyak

3)  Masukkan cili padi dan cili merah yang telah dipatah dua. Masukkan juga tomato yang telah dipotong empat

4)  Masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi dan juga belacan ke dalam blender. Tuang juga minyak gorengan tadi. Kisar sekejab sahaja (kisar kasar)

5)  Tuang kembali bahan kisar ke dalam kuali. Masukkan gula, garam dan jus limat nipis secukup rasa. Tambahkan juga sedikit gula melaka. Masak hingga pecah minyak. 

6)  Angkat dan hidangkan bersama ayam penyet dan nasi. Siap!


Sumber : Mashitah Mas

Resepi Ayam Goreng Berempah

Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam potong (potong 12)
  • 7-10 batang serai (potong dan kisar)
  • 3-4 senduk cili kisar
  • 4 biji bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 2-3 sudu makan emping cili (chili flakes)
  • 2 sudu makan jintan manis (sangai dan kisar kasar)
  • 2 sudu makan jintan putih (sangai dan kisar kasar)
  • 1 sudu makan ketumbar (sangai dan kisar kasar)
  • 1-2 sudu makan tepung beras @ tepung jagung
  • 1-2 inci halia (kisar)
  • Serbuk kari daging secukupnya
  • Kiub pati ayam @ garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit secukupnya

Cara Memasak

1)  Kisar semua bahan yang perlu dikisar. Satukan semua bahan diatas dan gaulkan bersama ayam. Gaul rata dan perap selama setengah jam. Kalau nak cepat, tak perlu perap terlalu lama

2)  Panaskan minyak yang banyak dengan api besar. Goreng ayam yang diperap tadi

3)  Bila ayam dah kelihatan masak, perlahankan api. Bila warnanya dah kelihatan coklat dan rempah garing, bolehlah angkat

4)  Toskan minyaknya dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih hangat.


sumber : Tengku Roselyza Rajam Mohamaad

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments